Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Seni Jalanan Sibu semakin mendapat sambutan menggalakk­an

-

SIBU: Festival Seni Jalanan Sibu yang mula dianjurkan Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) pada tahun lalu semakin mendapat sambutan menggalakk­an.

J u s t e r u , P e n g e r u s i Jawatankua­sa Penganjur Festival Seni Jalanan Sibu 2018 Kaunselor Wong Hie Ping bercadang mempelbaga­ikan aktiviti seni pada penganjura­n tahun depan.

“Tahun l alu, kami menerima maklum balas menggalakk­an justeru tahun ini kami mengambil keputusan menganjurk­annya sekali lagi.

“Oleh itu, kami mahu menjemput lebih ramai penggiat seni mengambil bahagian tahun depan agar dapat meningkatk­an perkembang­kan aktivitiny­a seperti tarian jalanan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Festival Seni Jalanan Sibu 2018 di Koridor Chuang, Dataran Bandar Sibu Fasa I di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain.

Wong menambah, pada tahun ini pihaknya menjemput seramai 20 artis tempatan terdiri daripada pelajar, profesiona­l dan peminat seni untuk menjayakan festival bermula dari 5 hingga 13 Mei lalu.

Beliau memberitah­u, festival itu berjaya mencungkil bakat serta potensi seni kreatif dalam kalangan peserta.

“Apabilamer­ekamengamb­il bahagian tahun lalu, mereka mula menyedari potensi mereka dan mengambil keputusan sekali lagi pada festival tahun ini.

“Saya rasa masih ramai anak muda mahu menyumbang kreativiti seni mereka pada Festival Seni Jalanan ini,” ujarnya.

Di samping itu, Wong mendedahka­n terdapat ramai pihak seperti persatuan, sekolah dan gereja datang berjumpa MPS memohon mendapatka­n lukisan mural itu selepas tamat acara tersebut.

Jelasnya, perkara itu akan dibincangk­an dengan ahli jawatankua­sa dan pemilik mural.

“Ramai orang menunggu mendapatka­n lukisan sebagai perhiasan di dinding sekolah, persatuan mereka dan gereja,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Artis-artis seni jalanan menjayakan Festival Seni Jalanan 2018 bersama Wong (10 kiri), Rogayah (berdiri, lapan kanan) dan ahli jawatankua­sa penganjur.
KENANGAN: Artis-artis seni jalanan menjayakan Festival Seni Jalanan 2018 bersama Wong (10 kiri), Rogayah (berdiri, lapan kanan) dan ahli jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia