Utusan Borneo (Sarawak)

Polis buru ‘Mat Che Kah’ susulan kes pukul mekanik

-

KUALATEREN­GGANU: Polis sedang mengesan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pukul seorang mekanik pada Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Sufian Sulaiman berkata polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek berkenaan yang dikenali sebagai Mat Che Kah atau nama sebenarnya Che Azhar Che Khas, berasal dari kampung Serdang, di sini.

Beliau berkata, mengikut saksi dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa dipukul oleh tiga lelaki dengan menggunaka­n pasu bunga dan batu serta diikat dengan dawai.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan pengesahan daripada pegawai perubatan menyatakan mangsa mengalami kecederaan dengan tulang rusuknya patah serta lebam di bahagian kepala.

“Motif kejadian dikatakan berkaitan rasa tidak puas hati selepas mangsa membaiki kereta suspek.

“Apabila mangsa meminta bayaran membaiki kereta RM500, suspek tidak berpuas hati kononnya terlalu mahal,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, mengikut rekod suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah, khianat dengan menggunaka­n api serta bergaduh.

Beliau meminta kerjasama daripada keluarga atau sahabat handai suspek supaya menyalurka­n maklumat atau memaklumka­n kepada balai polis berdekatan sekiranya lelaki terbabit berlindung di rumah mereka.

“Polis sudah mengesan rumah suspek dan berjumpa dengan isterinya meminta suspek menyerah diri kepada polis, namun sehingga ini suspek gagal berbuat demikian. Harus diingat mereka yang melindungi atau membantu suspek adalah menjadi satu kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mengetahui dan terlihat suspek, boleh menghubung­i Inspektor Wan Nor Hafizah di talian 019-4471457.

Dalam perkembang­an lain, Suffian berkata sejak Mac hingga sekarang, terdapat empat laporan palsu kononnya mangsa disamun kerana ingin mendapatka­n surat pengesahan daripada polis semata- mata mahu mengelak daripada membayar hutang.

Beliau berkata, pengadu yang membuat laporan palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengemukak­an maklumat palsu yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUSPEK: Suffian menunjukka­n gambar salah seorang suspek dikenali sebagai Mat Che Kah atau Che Azhar Che Khas yang terlibat dalam kes memukul seorang mekanik kereta pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dekat Kuala Terengganu,...
— Gambar Bernama SUSPEK: Suffian menunjukka­n gambar salah seorang suspek dikenali sebagai Mat Che Kah atau Che Azhar Che Khas yang terlibat dalam kes memukul seorang mekanik kereta pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dekat Kuala Terengganu,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia