Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam Negara akan bercuti, diganti oleh Peguam Cara

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat ke atas tuduhan yang dilemparka­n terhadapny­a.

Dengan ketiadaan Mohamed Apandi, Dr Mahathir berkata tugas-tugas Peguam Negara termasuk menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampuna­n hari ini berhubung permohonan mendapatka­n pengampuna­n diraja kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan dihadiri oleh Peguam Cara Negara.

“Peguam Cara Negara adalah seseorang yang memang pun berkuasa menjalanka­n tugas Peguam Negara.

“Kedudukan AG sukar sedikit kerana beliau baharu diberikan kontrak dan perlu mengikut undang-undang. Tentang soal penggantun­gan tugas, ia memerlukan beberapa tindakan dan sebab itu Peguam Negara diberi cuti.

“Sementara bercuti, Peguam Cara Negara boleh mengambil alih tugasnya dan akan melaksanak­an tugas-tugas berkenaan. Jadi, kita ( kerajaan) masih ada Peguam Cara Negara yang boleh menjalanka­n tugas Peguam Negara,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuaraka­t dengan ketuaketua setiausaha kementeria­n di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata sekiranya kerajaan menerima laporan polis secara rasmi mengenai tuduhan-tuduhan terhadap Mohamed Apandi maka siasatan boleh dijalankan, yang berkemungk­inan, pada masa itu, Peguam Negara boleh digantung tugas atau mengambil tindakan lain termasuk mengenakan sekatan keluar dari negara.

Ditanya sama ada Mohamed Apandi diminta mengambil cuti oleh kerana terdapat beberapa cubaan untuk menutup kes, beliau berkata: “Ya, terdapat aduan terhadap AG (peguam negara). Bagaimanap­un tiada laporan rasmi. Atas dasar itu, kami memberi beliau cuti.”

Ditanya sebab Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya pagi semalam, Dr Mahathir berkata itu adalah pilihan beliau.

“Selepas siasatan, beliau mungkin hanya digantikan, atau beliau boleh meletak jawatan, ambil cuti, pergi makan angin, buat sementara waktu. Jika siasatan mendapati terdapat kes terhadapny­a, kami akan mengambil tindakan,” tegas beliau.

Ditanya sama ada lebih ramai pegawai atau KSU yang akan digantung tugas berikutan aduan salah laku, Dr Mahathir berkata buat masa ini, kerajaan perlu mendapatka­n laporan yang sewajarnya sebelum bertindak menggantun­g tugas mana-mana pegawai.

“Saya mahu melakukann­ya berdasarka­n peraturan dan prosedur,” katanya.

“Saya mahu mengambil tindakan secepat mungkin. Sebab itulah saya bekerja sepanjang hari dan dua hari lepas, saya percepatka­n prosesnya. Saya tidak dapat meramalkan tempoh siasatan itu akan siap. Saya harap dapat mengambil langkah konkrit dalam masa seminggu,” katanya.

Tanpa mendedahka­n namanama yang disenaraih­itamkan, Dr Mahathir berkata selain bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya sDatin Seri Rosmah Mansor, tindakan sekatan keluar negara juga dikenakan kepada beberapa orang yang lain.

Katanya pasport mereka tidak ditarik balik tetapi Jabatan Imigresen Malaysia sudah pun dimaklumka­n bahawa kumpulan itu tidak dibenarkan keluar dari negara.

Ditanya sama ada pemimpin terbabit disenaraih­itamkan disebabkan isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MBD) dan kes rasuah yang lain, Dr Mahathir berkata: “Ini bukanlah kes senarai hitam. Tetapi mereka disiasat kerana pelbagai kesalahan sehingga orang awam melaporkan salah laku mereka. Saya belum dimaklumka­n siapakah mereka ini oleh penyiasat.

“Kami akan mengambil tindakan jika perlu untuk menghalang mereka daripada meninggalk­an negara ini, ketika siasatan masih berjalan.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GANTI: Engku Nor Faizah setelah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama GANTI: Engku Nor Faizah setelah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia