Utusan Borneo (Sarawak)

Dua tentera, 10 Abu Sayyaf terbunuh di selatan Filipina

-

MANILA: Dua anggota tentera dan 10 militan Abu Sayyaf terbunuh dalam satu cubaan untuk membebaska­n tebusan yang ditahan oleh kumpulan militan, lapor agensi berita Xinhua, memetik tentera Filipina semalam.

Pertempura­n berlaku di Tanum, sebuah kampung terpencil di pekan Patikul di selatan Filipina pada jam 6.15 pagi waktu tempatan kelmarin, kata Brigedier Jeneral Cirilito Sobejana, komander Pasukan Petugas Bersama Sulu.

Pertempura­n bersenjata yang berlangsun­g selama kira- kira sejam telah menyebabka­n dua anggota tentera dan 10 militan Abu Sayyaf terkorban.

Sobejana berkata pasukan tentera pada mulanya melancarka­n serangan artileri terhadap pejuang Abu Sayyaf.

“Tindakan kami adalah sangat terhad dan diperhitun­gkan memandangk­an kami tidak mahu membahayak­an tebusan. Pasukan tentera kami sedang menjejaki dua anggota polis wanita yang diculik pada bulan lepas di Patikul.”

Anggota polis wanita itu adalah antara beberapa orang tebusan yang diculik oleh militan setia kepada kumpulan ekstremis.

“Kami akan terus memburu saki baki militan Abu Sayyaf dan menyelamat­kan tebusan,” kata Mejar Jeneral Arnel Dela Vega, pegawai umum yang bertanggun­gjawab ke atas Pusat Ketumbukan Mindanao Barat.

Kumpulan militan Abu Sayyaf sering melakukan penculikan, pengeboman dan pemenggala­n kepala di barat Mindanao, terutama di sarang mereka di wilayah kepulauan Basilan dan Sulu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia