Utusan Borneo (Sarawak)

Barisan Kabinet peringkat persekutua­n terserah kepada Dr Mahathir

-

KOTA KINABALU: Barisan Kabinet baharu negeri Sabah akan dibentuk dalam masa terdekat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie, yang memulakan tugas selaku ketua pentadbira­n kerajaan negeri semalam, turut memberi jaminan akan mengumumka­n barisan Kabinet negeri Sabah dalam tempoh terdekat.

“( Pembentuka­n Kabinet negeri) sedikit masa lagi. Apa jua bentuknya, pengumuman akan dibuat. Biarlah ia jadi kejutan,” katanya kepada pemberita selepas memulakan tu- gas secara rasmi sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15, di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Negeri Sabah, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, pihaknya menyerahka­n kepada kebijaksan­aan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menentukan wakil rakyat dari Sabah yang akan mengisi barisan Kabinet di peringkat persekutua­n.

Sementara itu, ditanya mengenai kesetiaan beberapa ADUN BN yang menyertai Warisan, Mohd Shafie, yang juga Presiden Parti Warisan, berkata terpulang kepada mereka sama ada tetap sedia bersama Warisan atau sebaliknya.

“Ada mereka (ADUN BN) telah berjumpa dan menyatakan sokongan kepada saya. Namun pada awalnya kita telah bergabung dengan UPKO dan ia telah cukup untuk membolehka­n kita menubuhkan kerajaan dan saya yakin mereka tegas.

“Kalau ada ADUN BN hendak masuk (Warisan) lagi kita akan lihat macam mana dan kalau ada ADUN UMNO hendak masuk ke Warisan kita tidak meletakkan apa-apa syarat tetapi ada antara mereka telah menyatakan sokongan kepada saya sebagai ketua menteri,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Shafie berkata beliau juga meminta supaya larangan kemasukan beberapa pemimpin Pakatan Harapan ke Sabah sebelum ini dibatalkan serta-merta.

Mohd Shafie berkata ini berikutan terdapat larangan terhadap dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri ini, sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia