Utusan Borneo (Sarawak)

BLUE TIGERS JULANG JUARA KATEGORI TERBUKA

Menggondol hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan pingat setelah membenam pasukan UPM Angels dari Selangor

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kelab dari Johor, Blue Tigers dinobatkan juara kategori terbuka Pertanding­an Ragbi 10 Sebelah Kuching 2018 yang melabuhkan tirai di Stadium Sarawak, Petra Jaya selepas menundukka­n UPM Angels dengan 19- 7 pada aksi final Ahad lalu.

Terdahulu, Blue Tigers mengatasi ATM Barbarian dengan 10- 7 pada aksi separuh akhir yang berlangsun­g penuh sengit.

Kemenangan itu membolehka­n Blue Tigers menggondol hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan pingat manakala UPM Angels dari Selangor meraih RM3,000, trofi dan pingat.

SUKMA Sabah menduduki tempat ketiga setelah mengatasi Barbarian 17- 0 untuk membawa pulang RM1,500, trofi dan pingat. Barbarian pula berpuas hati dengan menerima RM800, trofi dan pingat.

Bagi kategori ‘ plate’ untuk kelab, juara disandang OSCA Warriors dari Sabah selepas menundukka­n SDRU Swans dengan 26- 5 untuk meraih RM500, trofi dan pingat.

W o l f p a c k p u l a menewaskan WORC, 1912 untuk membawa pulang kategori ‘ bowl’.

Dalam kategori sekolah, SMKA SHOAW merangkul gelaran kedua tahun ini selepas mengatasi SDRU bawah 18 tahun dengan 5- 0 dalam masa tambahan selepas kedua- dua pasukan terikat 12- 12 pada masa permainan sebenar.

Kolej Abdillah pula membawa pulang gelaran ‘ plate’ selepas menewaskan Kolej Vokasional Betong, 10- 5.

Sementara itu, Sibu Goldies merangkul kategori veteran dengan mengetepik­an cabaran KK Sharks dengan 33- 5 pada perlawanan akhir.

Wakil dari Johor, Sajoha Legends menerima ‘ plate’ selepas menundukka­n KRFC Legends dengan 12- 10.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Presiden Kesatuan Ragbi Sarawak (SRU) Richard Song, Penaung Persatuan Ragbi Bahagian Kuching yang juga ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, Presiden KDRA Azizul Annuar Adenan dan Pengurus Cawangan Bank Islam Sarawak, Ahmad Herni Benjamin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MEMBURU GELARAN: (Barisan kedua, lima kiri) Azizul, Richard, Abdul Karim dan Dr Hazland bersama barisan pemain Blue Tigers dan UPM Angels pada perlawanan akhir kejohanan itu.
MEMBURU GELARAN: (Barisan kedua, lima kiri) Azizul, Richard, Abdul Karim dan Dr Hazland bersama barisan pemain Blue Tigers dan UPM Angels pada perlawanan akhir kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia