Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Israel bunuh 55 di sempadan Gaza

Pada hari paling berdarah tatkala rakyat Palestin bantah pembukaan kedutaan AS di Baitulmuqa­ddis

-

BAITULMUQA­DDIS: Pasukan tentera Israel membunuh 55 rakyat Palestin di sempadan Gaza pada hari paling berdarah dalam konflik ini sejak beberapa tahun kelmarin ketika pertempura­n dan bantahan berbetulan dengan pembukaan kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang kontrovers­i di Baitulmuqq­adis.

Ketegangan, yang menyebabka­n lebih 2,400 rakyat Palestin tercedera, meletus sebelum satu delegasi Rumah Putih dan pegawai Israel membuka kedutaan pada majlis perasmian di Baitulmuqq­adis.

Ia merupakan hari paling berdarah dalam konflik Israel-Palestin sejak perang Gaza pada 2014.

Mereka yang terkorban termasuk lapan kanak-kanak berusia di bawah 16 tahun, menurut utusan Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kementeria­n kesihatan Gaza menyediaka­n angka keseluruha­n kematian dan kecederaan itu.

Berpuluh ribu orang telah berkumpul berhampira­n sempadan dalam bantahan sementara sekumpulan kecil rakyat Palestin yang melontar batu telah menghampir­i pagar dan cuba memecah masuk, dengan penembak tepat Israel ditempatka­n di sebelah yang satu lagi.

Di PBB, AS menghalang pelaksanaa­n satu kenyataan Majlis Keselamata­n yang menyeru untuk siasatan persendiri­an mengenai keganasan itu, diplomat memberitah­u AFP.

Perasmian kedutaan telah dijalankan seperti yang dirancang, dihadiri satu delegasi Washington yang termasuk anak perempuan Presiden AS Donald Trump, Ivanka dan suaminya, Jared Kushner, kedua- dua mereka adalah pembantu Rumah Putih.

Ivanka Trump membantu mengisyiti­har pembukaan kedutaan yang baharu itu dan satu plak dan lambang ditunjukka­n di depan 800 tetamu pada majlis tersebut, yang berlangsun­g di mana sehingga sekarang merupakan sebuah bangunan konsulat AS di Baitulmuqq­adis.

Trump menyampaik­an ucapan kepada tetamu majlis melalui rakaman video.

“Harapan terbesar kami adalah untuk kedamaian,” kata beliau, di sebalik kemarahan Palestin yang dicetuskan oleh tindakan tersebut.

“AS kekal komited sepenuhnya untuk membantu satu perjanjian damai berkekalan.”

Perdana Menteri Israeli Benjamin Netanyahu memberitah­u Trump dalam ucapannya bahawa “dengan mengiktira­f sejarah anda telah melakar sejarah.”

Di sepanjang sempadan Gaza, orang ramai berkumpul sepanjang hari di kawasan Palestin kurang dari 100 kilometer jauhnya dari Baitulmuqq­adis dan ditutup dari Israel oleh satu sekatan.

Tentera Israel berkata 40,000 rakyat Palestin telah mengambil bahagian dalam bantahan dan pertempura­n.

Tentera turut menyatakan salah satu jet pejuangnya telah menyerang lima sasaran di sebuah pusat latihan Hamas di Gaza.

Sebelum itu, sebuah pesawat perang dan kereta kebal telah menyasarka­n dua kawasan Hamas lain dalam respons kepada apa yang dikatakan sebagai serangan terhadap pasukan tenteranya oleh Hamas.

Presiden Palestin Mahmud Abbas menuduh Israel melakukan “pembunuhan beramai- ramai,” sementara Amnesty Internatio­nal menggelar keganasan itu sebagai “pencabulan yang amat dibenci” terhadap hak asasi manusia. Human Rights Watch mengecam satu “pertumpaha­n darah.”

Ketua dasar asing Kesatuan Eropah (EU) Federica Mogherini berkata, “kami menjangka semua akan bertindak dengan mengawal diri sepenuhnya bagi mengelak kehilangan nyawa berterusan,” sementara jurucakap Perdana Menteri Britain Theresa May menggesa “ketenangan dan kesabaran.”

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menuduh Israel melakukan “keganasan negara” dan “genosid”, mengumumka­n tempoh berkabung selama tiga hari dan satu bantahan sepenuhnya di Istanbul pada Jumaat ini.

Turki turut menyatakan ia telah memanggil pulang dutadutany­a ke PBB dan Israel “bagi perundinga­n”.

Terdapat bantahan dan perbalahan selama beberapa minggu di sepanjang sempadan Gaza, dengan 100 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel di sana sejak Mac 30. Tiada rakyat Israel yang terkorban dan pihak tentera telah berdepan dengan kritikan mengenai penggunaan bedilan hidupan.

Israel memberi alasan tindakanny­a perlu dilakukan bagi menghentik­an penceroboh­an di pagar sempadan, sementara menuduh Hamas, pergerakan Islam yang mentadbir Semenanjun­g Gaza yang ditutup, cuba menggunaka­n bantahan sebagai helah untuk melakukan keganasan.

Jurucakap tentera Israel Jonathan Conricus berkata, “kami telah melihat tiga skuad yang berlainan, dilengkapi sepenuhnya dengan senjata, cuba meletakkan IED (bahan letupan) di pagar sempadan di tiga lokasi berlainan.”

Perasmian kedutaan itu menyusuli tindakan Trump mengiktira­f kota yang direbutkan itu sebagai ibu negara Israel.

Abbas berkata kedutaan yang baharu itu sama seperti “sebuah pangkalan luar peneroka Amerika yang baharu” di Baitulmuqq­adis dan AS “bukan lagi pengantara di Timur Tengah.”

Kira- kira 1,000 anggota polis telah ditempatka­n di sekitar kedutaan, sementara pihak tentera Israel berkata ia mengerah hampir sekali ganda jumlah anggota tentera di sekeliling Gaza dan di Tebingan Barat yang ditakluki.

Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman menyatakan dalam satu mesej kepada rakyat Gaza bahawa “kami akan melindungi rakyat kami dengan semua cara dan tidak membenarka­n pagar itu diceroboh.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KEDUTAAN BAHARU: Setiausaha Perbendaha­raan AS Steven Mnuchin menyelak tirai yang menutupi lambang untuk kedutaan AS ketika berdiri di sebelah Ivanka Trump pada majlis perasmian bangunan baharu itu di Baitulmuqa­ddis kelmarin.
— Gambar Reuters KEDUTAAN BAHARU: Setiausaha Perbendaha­raan AS Steven Mnuchin menyelak tirai yang menutupi lambang untuk kedutaan AS ketika berdiri di sebelah Ivanka Trump pada majlis perasmian bangunan baharu itu di Baitulmuqa­ddis kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? SYAHID: Saudara-mara memeriksa jenazah lelaki Palestin, yang terkorban semasa bantahan di sempadan Gaza, di rumah mayat hospital di utara Semenanjun­g Gaza kelmarin.
— Gambar Reuters SYAHID: Saudara-mara memeriksa jenazah lelaki Palestin, yang terkorban semasa bantahan di sempadan Gaza, di rumah mayat hospital di utara Semenanjun­g Gaza kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? INTIFADA: Pembantah Palestin melarikan diri dari gas pemedih mata ketika membantah pembukaan kedutaan AS di Baitulmuqa­ddis, di selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin.
— Gambar Reuters INTIFADA: Pembantah Palestin melarikan diri dari gas pemedih mata ketika membantah pembukaan kedutaan AS di Baitulmuqa­ddis, di selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia