Utusan Borneo (Sarawak)

Cuti 17 dan 18 Mei dianggap tak sesuai

-

KUCHING: Pengisytih­aran cuti dua hari pada 17 dan 18 Mei ini dianggap tidak sesuai memandangk­an kini adalah musim peperiksaa­n bagi pelajar sekolah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, dengan cuti dua hari itu kebanyakan sekolah tergendala dalam persiapan peperiksaa­n mereka.

Malahan menurutnya, pelaksanaa­n cuti dua hari daripada kerajaan negeri itu turut memberi kesan kepada peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang diadakan minggu depan.

“Kini guru- guru sudah dalam peringkat persiapan akhir bagi pelajar STPM mereka dan situasi kini adalah di mana masa untuk guru mengajar dan pelajar belajar.

“Selain itu, pelajar yang menghadapi Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dikatakan mempunyai kerja kursus yang perlu disiapkan menjelang Mei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama wakil Jabatan Pendidikan Negeri di sini, semalam.

Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak berkata, Jaba- tan Pendidikan seharusnya membenarka­n kelas gantian terus pada 17 dan 18 Mei kepada sekolah yang mahu berbuat demikian.

Sebelum ini menurut beliau, arahan menyatakan bahawa sekolah gantian hanya akan diadakan pada Julai, yang dianggap tidak wajar.

“Ini kerana kita dimaklumka­n, ada sekolah mempunyai mata pelajaran yang tidak dapat diadakan dalam masa tiga hari disebabkan terlalu padat.

“Mereka mengadakan ujian semester selepas cuti, yang saya rasakan tidak wajar kerana selepas dua atau tiga minggu cuti mereka perlu mengambil ujian,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap pengarah Jabatan Pendidikan Negeri membenarka­n kelas gantian terus pada dua hari berkenaan.

Katanya, keputusan untuk memutuskan perkara berkenaan tertakluk kepada pengarah dan beliau percaya mereka lebih mengetahui tentang perkara itu.

Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol.

Pada minggu lepas kerajaan negeri mengisytih­arkan 17 dan 18 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n Pejabat Ketua Menteri kelepasan am tambahan itu diisytihar­kan di bawah Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am [Bab 8 (1958)].

 ??  ??
 ??  ?? LAWAT: Chong (tiga kanan) disambut wakil Jabatan Pendidikan Negeri sebelum mesyuarat dan turut kelihatan Dr Yii (kanan), Mordi (dua kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei (kiri).
LAWAT: Chong (tiga kanan) disambut wakil Jabatan Pendidikan Negeri sebelum mesyuarat dan turut kelihatan Dr Yii (kanan), Mordi (dua kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia