Utusan Borneo (Sarawak)

D’NextStep ingin kembalikan semula era kegemilang­an MPop

-

Kumpulan D’NextStep yang mula menapak dalam industri seni sejak tahun lalu menyimpan hasrat untuk kembalikan era kegemilang­an lagu pop Melayu atau MPop seperti yang pernah dipopulark­an kumpulan KRU, Elite dan lain-lain satu ketika dulu.

Walaupun masih baharu, nama kumpulan itu kini menjadi antara nama segar yang semakin meniti di bibir peminat industri muzik tanah air apabila single sulung mereka berjudul ‘Hakikat Cinta Ini’ sudah memasuki corong radio dan di lainlain platform.

Bagaimanap­un, kumpulan yang dianggotai lima jejaka muda berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu kini masih giat mempromosi buah tangan pertama mereka kepada peminat muzik bergenre MPop.

Lagu hasil ciptaan Jasz dan Angga Sevendays ini sudah mendapat tontonan lebih 15,470 penonton di YouTube sejak dimuat naik pada 12 Mei tahun lalu.

D’NextStep yang ditemui selepas menjadi tetamu program Nine-11 terbitan Bernama News Channel di sini memberitah­u mereka cukup gembira terhadap penerimaan lagu tersebut oleh peminat muzik tempatan.

“Alhamdulil­lah, buah tangan sulung kami ini diterima baik semua lapisan pendengar, dan lagu ini sudah memasuki corongcoro­ng radio tempatan serta pelbagai saluran dan platform,” kata seorang anggota kumpulan itu, Aiden Azrin, 25.

Beliau berkata mereka mahu D’NextStep sentiasa membawa kelainan dan ditampilka­n dengan pelbagai gaya baharu terutama apabila berada di pentas selain menyimpan hasrat untuk hasilkan karya yang mampu menembusi peringkat antarabang­sa.

Sementara itu, Hanaafi Saman, 26, berkata kumpulan baharu itu memilih Johor sebagai tapak permulaan karier seni mereka berikutan kesemua anggotanya berasal dan berkerja di negeri itu.

“Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran apabila membuat sebarang keputusan, namun perkara itu tidak menjadi isu kepada kami, syukur kerana kami boleh bertolak ansur dan sekepala,” katanya sambil memberitah­u turut mempunyai kekangan masa berikutan masingmasi­ng berkerja.

Selain Aiden dan Hanaafi, kumpulan itu turut dianggotai Azhar Ibaha, Syafiq Ramli dan Raja Ridzwan. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar IG official.dnextstep ?? PROMOSI: Kumpulan yang dianggotai lima jejaka muda berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu kini masih giat mempromosi ‘Hakikat Cinta Ini’.
— Gambar IG official.dnextstep PROMOSI: Kumpulan yang dianggotai lima jejaka muda berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu kini masih giat mempromosi ‘Hakikat Cinta Ini’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia