Utusan Borneo (Sarawak)

PECAH AMANAH: BEKAS AKAUNTAN DIPENJARA EMPAT TAHUN

-

SIBU: Seorang bekas akauntan sebuah kedai menjual buku dijatuhkan hukuman empat tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen petang semalam selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah.

Tertuduh yang hanya dikenali sebagai Teo, 45, terdahulu menghadapi 20 pertuduhan pecah amanah melibatkan 20 cek milik kedai buku itu yang kesemuanya berjumlah RM86,862.75.

Hakim Caroline Bee Majanil terdahulu menjatuhka­n hukuman empat tahun penjara terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah bagaimanap­un memerintah­kan agar kesemua hukuman penjara terhadap tertuduh yang merupakan ibu tunggal, berjalan serentak.

Mengikut pertuduhan, Teo didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan pecah amanah itu antara 28 Julai 2016 dan 11 Januari 2017 dan didakwa mengikut Seksyen 408 yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan.

Seksyen 408 memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Teo dalam rayuannya memberitah­u telah bercerai dengan suaminya serta mempunyai empat anak berusia antara lapan dan 17 tahun, selain terpaksa menjaga kedua-dua orang tuanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga memberitah­u kesal dengan kesalahan yang telah dilakukann­ya.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zulfadhli Tuah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia