Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat lelaki lemas ditemui tersangkut pada jaring

-

SIBU: Pelei Ichang, 45, yang dikhuatiri lemas sejak dua hari lepas dijumpai adiknya tersangkut tidak bernyawa pada jaring yang dipasang berhampira­n muara Batang Rajang, satu kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Song.

“Teknik memasang jaring untuk menghalang mayat mangsa hanyut ke Batang Rajang telah berjaya,” kata Ketua Balai Bomba Song PpgB Federick Aok ketika dihubungi petang semalam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 3.55 petang setelah mangsa berjaya dijumpai adiknya Sebau Ichang yang menyertai operadi itu pada jam 3.05 petang semalam.

“Nyata teknik ini (memasang jaring) berkesan dan berjaya membantu mempermuda­hkan operasi mencari mangsa,” katanya.

Katanya, operasi disambung semula pada jam 7.11 pagi semalam selepas pasukan SAR gagal menemui mangsa pada hari pertama pencarian kelmarin.

Kaedah memasang jaring sepanjang 30 kaki merentangi Sungai Song berhampira­n muara Batang Rajang kemudian dilakukan yang membawa kepada penemuan mangsa.

Seramai enam anggota Bomba dari BBP Song dibantu lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Sungai Merah dikerahkan untuk membantu misi pencarian.

Agensi lain yang turut terlibat termasuk pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS), RELA serta penduduk kampung yang merangkumi lebih kurang 50 orang yang menggunaka­n 14 bot.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? DIJUMPAI: Pasukan PPDA dari BBP Sg Merah mengeluark­an mayat mangsa yang tersangkut pada jaring.
DIJUMPAI: Pasukan PPDA dari BBP Sg Merah mengeluark­an mayat mangsa yang tersangkut pada jaring.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia