Utusan Borneo (Sarawak)

Tompok minyak dipercayai dari 4WD terjatuh ke sungai dikesan

Penyelaman dibuat jika kedudukan sebenar kenderaan dikenal pasti

- Oleh Jeremy Lanson

KOTA SAMARAHAN: Pasukan operasi mencari dan menyelamat ( SAR) mengesan tompokan minyak dipercayai dari kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang terhumban ke dalam Batang Samarahan dari feri, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kota Samarahan Jackson Anyia berkata, tompokan minyak tersebut berjaya dikesan di beberapa lokasi seawal jam 6 pagi semalam.

Bagaimanap­un katanya, pihaknya hanya akan melakukan penyelaman sebaik sa- haja berjaya mengenal pasti kedudukan sebenar kenderaan tersebut.

“Proses pencarian akan diteruskan sehingga kita berjaya mengesan kenderaan tersebut dan kita per- caya mangsa (Bernabas Lias Jalal, 77) masih terperangk­ap di dalamnya,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Tambahnya, selain menfokuska­n pencarian di per- mukaan air, mereka turut menggunaka­n kaedah ‘gripping iron’ untuk mengenal pasti kedudukan kereta tersebut.

Seramai 33 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama agensi- agensi lain terlibat dalam operasi tersebut.

Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan operasi SAR masih dijalankan dan mangsa masih belum ditemui.

Mangsa bersama keretanya terjunam ke dalam sungai selepas dikatakan gagal memberhent­ikan kenderaan ketika berada di atas feri yang sedang bergerak.

Proses pencarian akan diteruskan sehingga kita berjaya mengesan kenderaan tersebut dan kita percaya mangsa (Bernabas Lias Jalal, 77) masih terperangk­ap di dalamnya. Jackson Anyia Ketua BBP Kota Samarahan

 ??  ?? CARI: Keadaan di tebing sungai yang menempatka­n pangkalan anggota SAR.
CARI: Keadaan di tebing sungai yang menempatka­n pangkalan anggota SAR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia