Utusan Borneo (Sarawak)

Enam cedera dalam nahas 17 kenderaan di Alor Setar

-

ALOR SETAR: Enam cedera dalam kemalangan membabitka­n deretan 17 kenderaan selepas dirempuh lori pasir yang breknya dipercayai gagal berfungsi di persimpang­an lampu isyarat di Pekan Simpang Kuala di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Firdaus Isa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 4 petang dan tiba di lokasi kemalangan tiga minit kemudian.

Beliau berkata, enam anggota bersama sebuah jentera bomba tiba di lokasi kejadian segera membantu mengeluark­an seorang mangsa Nurdiana Omar, 26, dari Tobiar, Pendang yang tersepit di dalam kereta.

“Mangsa hanya mengalami luka di bahagian tangan dan kaki sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatka­n rawatan manakala lima yang lain berjaya keluar dari kenderaan masing-masing sebelum pergi mendapatka­n rawatan di klinik berhampira­n,” ka- tanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Firdaus berkata pemeriksaa­n mendapati tiada mangsa lain terperangk­ap atau cedera dalam kenderaan masingmasi­ng.

Seorang saksi kejadian Mohd Nazli Abdul Wahab, 42, berkata, dia yang berada berhampira­n tempat kejadian terdengar bunyi hon beberapa kali daripada sebuah lori pasir yang datang dari arah Alor Mengkudu ke Simpang Kuala.

“Lori yang dipandu seorang lelaki itu gagal memberhent­ikan kenderaan tersebut lalu merempuh deretan kenderaan termasuk sebuah van yang sedang menunggu lampu isyarat berkenaan.

“Dentuman kuat berlaku dan saya ke lokasi untuk membantu mengeluark­an mangsa bersama pihak bomba, nasib baik tiada mangsa yang terbunuh atau cedera parah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan kes itu sedang disiasat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia