Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lelaki tidak mengaku sengaja cederakan tiga beradik

-

MIRI: Empat lelaki masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan dengan sengaja mencederak­an tiga beradik.

Thian Ming Hong dan Altobellie Petrus dari Chieng Son Garden, Jalan Riam; Bong Pam Shen dari Jalan Batu Kawa, Kuching dan Pook Yik Chung dari Taman Tunku di sini didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu.

Berdasarka­n pertuduhan kes, keempat-empat tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan ke atas tiga lelaki iaitu Tsen Fang Yung, 21, Tsen Fang Wang, 27, dan Tsen Fang Phang, 26, dengan menggunaka­n kerusi besi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 10.15 malam, 7 Mei lalu di Open Air Market di sini.

Terdahulu pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an kesemua tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 20 Jun depan untuk pengurusan kes.

Sementara itu, kesemua tertuduh yang merupakan pesalah muda dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,500 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia