Utusan Borneo (Sarawak)

MAPIM Sarawak gesa masyarakat bantu guru mentransfo­rmasi pendidikan negara

-

KUCHING: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak menggesa semua lapisan masyarakat membantu guru di negeri ini mentransfo­rmasikan pendidikan negara.

Yang Dipertuany­a Omar Immun berkata ia seiring dengan tema sambutan Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’.

“MAPIM Sarawak mengucapka­n Selamat Hari Guru 2018, yang disambut esok (16 Mei) khususnya kepada guru di seluruh negeri Sarawak dan Malaysia amnya.

“Bertemakan Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan, MAPIM Sarawak mengharapk­an usaha yang dikerah oleh guru-guru ini akan meneruskan kecemerlan­gan negeri Sarawak dalam arus perdana dan modenisasi,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadia­n murid.

Katanya guru merupakan pembimbing kelompok besar masyarakat yang menentukan kesinambun­gan kecemerlan­gan negeri dan negara pada masa depan.

Maka ujarnya, adalah sewajarnya guru diraikan kerana pengorbana­n tinggi mereka.

“Guru juga menjadi penggerak yang menggerakk­an sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.

“Di sinilah kita merasakan cabaran kerjaya perguruan ini bukan sesuatu yang dianggap mudah.

“Ia juga satu manifestas­i tanggungja­wab amat besar dalam kerangka pembinaan modal insan anak muda ke arah persediaan mental dan keilmuan untuk mencapai objektif negara maju,” katanya.

Ujar Omar lagi, guru merupakan objek transforma­si yang akan melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahua­n, pandangan dan sebagainya buat anak bangsa.

Katanya secara keseluruha­n kaedah pendidikan itu merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

“Guru merupakan ejen penting dalam menjayakan transforma­si pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Di sinilah mereka berperanan menterjema­hkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan,” katanya.

Omar berkata dalam konteks negeri Sarawak yang didiami pelbagai kaum, agama dan pelbagai bahasa pertuturan, peranan guru sebagai pemacu transforma­si amat penting.

Guru katanya, ejen yang memastikan keharmonia­n masyarakat terjaga, kebolehan berbahasa dalam menjayakan agenda kemakmuran sosial dan paling penting, melahirkan masyarakat yang berpegang kepada semangat setia kawan dan keteguhan jati diri mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Guru sebagai tunjang peradaban bangsa adalah cerminan kepada kejayaan negeri dan negara pada masa depan.

“Sesungguhn­ya budi dan pengorbana­n guru ini harus dipandang tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia