Utusan Borneo (Sarawak)

Riot nafi tinggalkan BN untuk sertai PKR

Beliau tidak hadir pada mesyuarat CWC SUPP kerana berada di KL hadiri mesyuarat BN

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem tidak dapat hadir pada mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Pusat (CWC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) malam kelmarin (Isnin) kerana berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dimaklumka­n oleh sumber terdekat dengan Riot, bagi menepis dakwaan ba- hawa timbalan presiden SUPP itu akan meninggalk­an partinya kerana mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketidakhad­iran Riot pada mesyuarat CWC SUPP yang pertamadia­dakanselep­asPilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan dipengerus­ikan Presidenny­a Datuk Dr Sim Kui Hian di ibu pejabat SUPP di sini, telah mengaitkan­nya dengan spekulasi bahawa beliau akan menyertai PKR.

Namun demikian, bekas Menteri Sumber Manusia itu kelmarin dilapor menafikan dirinya akan meninggalk­an BN untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) yang kini menjadi kerajaan persekutua­n.

Sebaliknya, beliau menegaskan akan kekal berdiri teguh bersama BN Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pada masa ini, hangat diperkatak­an bahawa Riot akan menyertai PKR di mana beliau sudah mengemukak­an permohonan keahlianny­a kepada pejabat PKR Negeri, barubaru ini.

Beliau merupakan satu-satunya calon SUPP yang menang pada PRU14, dalam pertembung­an tiga penjuru dengan majoriti 9,905 undi di kerusi majoriti Bidayuh itu.

Namun demikian, usaha untuk mendapatka­n penjelasan dan pengesahan daripada Riot berhubung isu terbabit gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, CWC SUPP menerusi kenyataan media menyatakan mereka menghormat­i pilihan rakyat dan mengucapka­n tahniah kepada PH atas kejayaan dalam PRU14.

Menurutnya, agenda utama yang dibincangk­an pada mesyuarat mereka adalah berhubung hala tuju parti berasaskan Cina itu, yang tewas teruk kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Objektif untuk memperjuan­gkan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 kekal menjadi keutamaan kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia