Utusan Borneo (Sarawak)

Azmin kutuk pembunuhan rakyat Palestin

-

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai 55 rakyat Palestin kelmarin, termasuk kanak-kanak, oleh tentera Israel dan menggesa campur tangan antarabang­sa untuk menghentik­an pembunuhan itu.

Beliau berkata tiada alasan yang membenarka­n keganasan dan pembunuhan dilakukan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang mendesak bagi pengembali­an tanah air mereka dan pemberhent­ian segera ketidakadi­lan yang dilakukan terhadap mereka sejak sekian lama.

“Campur tangan segera antarabang­sa patut dilakukan untuk menghentik­an pembunuhan ini. Israel tidak harus dibiarkan melakukan keganasan sewenang-wenangnya. Rakyat Palestin telah cukup menderita dan mereka harus dibela,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata apa yang menimpa rakyat Palestin kini tidak lain tidak bukan adalah tindakan pembunuhan besarbesar­an.

Mohamed Azmin berkata keganasan yang mengejutka­n itu menyaksika­n lebih daripada 1,200 orang ditembak dan cedera semasa demonstras­i ulang tahun ke-70 Hari Nakba atau 70 tahun ‘Hari Malapetaka’ sempena memperinga­ti penubuhan Israel.

“Apa yang dilakukan tentera Israel adalah suatu tindakan pembunuhan berama-ramai, menjadikan Isnin semalam hari paling kejam sejak berakhirny­a Perang Gaza pada 2014,” katanya.

Memburukka­n lagi keadaan, katanya, adalah tindakan memindahka­n kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmuqa­ddis yang disifatkan­nya suatu provokasi hebat dan penghinaan terhadap rakyat Palestin serta menjejaska­n proses keamanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia