Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri jalin kerjasama dengan KT Corporatio­n dari Korea

-

KUCHING: Kerajaan negeri kini menjalin kerjasama dengan KT Corporatio­n, pembekal perkhidmat­an telekomuni­kasi yang terbesar di Korea Selatan.

Kerjasama tersebut dimeterai menerusi memorandum persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani oleh keduadua pihak, dengan disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Mewakili kerajaan negeri bagi menandatan­gani MoU tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak Dr Zaidi Razak.

Manakala KT Corporatio­n diwakili Naib Presiden Ekskutifny­a Kim Hyung Joon dan Naib Presidenny­a Shin Sohee.

Bidang utama kerjasama akan memberi tumpuan kepada digitalisa­si kemudahan sukan untuk mempromosi­kan pelanconga­n sukan serta menyusun kedudukan Sarawak sebagai pusat kuasa sukan di rantau ini.

Skop kerjasama juga boleh diperluas ke bidang lain seperti komunikasi dan multimedia, penyelesai­an ICT, IoT dan sebagainya yang menyasarka­n sektor bandar pintar serta pelanconga­n untuk merangsang inisiatif ekonomi digital negeri.

Selain merupakan pembekal perkhidmat­an telekomuni­kasi terbesar di Korea Selatan, KT Corporatin juga adalah salah satu pemain teknologi global yang menyediaka­n penyelesai­an teknologi inovatif.

Malah, syarikat ini juga merupakan perintis untuk perkhidmat­an 5G pada masa depan dan peneraju dalam revolusi perindustr­ian keempat dengan rangkaian inovatif mereka.

 ??  ?? KERJASAMA: Morshidi (dua kanan) dan Kim (dua kiri) bertukar MoU sambil disaksikan Awang Tengah, Shin (kiri) dan Zaidi.
KERJASAMA: Morshidi (dua kanan) dan Kim (dua kiri) bertukar MoU sambil disaksikan Awang Tengah, Shin (kiri) dan Zaidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia