Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Polis Johor tahan 42 individu, buka 122 kertas siasatan

-

JOHOR BAHRU: Polis menahan 42 individu dan membuka 122 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan daripada tempoh pembubaran Parlimen sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata penangkapa­n dilakukan membabitka­n empat fasa - ketika pembubaran parlimen, penamaan calon, hari mengundi dan selepas hari mengundi.

“Dalam pilihan raya kali ini, kita dapati semuanya berjalan dengan baik, cuma beberapa kes kita terpaksa melakukan tangkapan melibatkan 42 orang, dan kesemuanya telah diambil tindakan dan tiada masih ditahan reman atau dalam tahanan.

“Kesemua ditangkap merupakan lelaki tempatan dan diambil tindakan mengikut kesalahan atas seksyen masing-masing,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Antara kesalahan dilakukan melibatkan Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 506 KK, Seksyen 506/509 KK, Seksyen 324 KK, Seksyen 186 dan 427 KK, Seksyen 186 dan 143 KK, Seksyen 186 KK, Seksyen 147 KK serta Seksyen 427 dan 186 KK.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata polis berjaya menyelamat­kan dua warga Macau yang dikatakan diculik semasa dalam perjalanan dari Macau ke Singapura.

Mohd Khalil berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada Interpol Bukit Aman, 12 Mei lepas pada 5 petang dan berjaya mengesan kedua-dua mangsa, seorang lelaki (57 tahun) dan seorang wanita (35 tahun) di negeri ini, dalam masa dua jam.

Polis berjaya mengesan ked- ua-duanya di sebuah hotel dan seterusnya membawa mereka ke balai polis untuk dokumentas­i, katanya.

“Hasil siasatan, kita dapati ia bukan kes penculikan tetapi salah faham antara pihak sana dalam pengurusan perjalanan kedua warganya dan kita sudah maklumkan kepada pihak keluarga mangsa dan polis Macau,” katanya.

Beliau berkata satu laporan polis mengenai penafian diculik dan dikurung juga dilakukan kedua-dua mangsa dan mereka telah pulang ke Macau menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Changi, Singapura semalam (14 Mei). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIASAT: Khalil pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam.
— Gambar Bernama SIASAT: Khalil pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia