Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk Seri dan ibu tunggal dipenjara 15 bulan

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan seorang ibu tunggal dihukum penjara 15 bulan dan denda RM24,000 selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menipu bagi mendapatka­n anugerah Datuk Kerabat Diraja Kelantan membabitka­n kerugian lebih RM735,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Hasbullah Adam menjatuhka­n hukuman itu terhadap Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya, 55 dan Norzihan Zainal Abidin, 56, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 15 bulan dan denda RM3,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Saharuddin, seorang aktivis masyarakat dan Norzihan dan memerintah­kan mereka menjalani kesemua hukuman penjara itu serentak.

Hakim bagaimanap­un membenarka­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh sehingga rayuan selesai dan mengekalka­n jaminan RM80,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mereka masing- masing didakwa bersama-sama memperdaya lapan individu untuk mempercaya­i bahawa mereka boleh mendapatka­n anugerah yang membawa gelaran Datuk sedangkan anugerah itu tidak sah mengikut Undang-undang Perlembaga­an Tubuh Negeri Kelantan, sehingga mendorong individu- individu berkenaan menyerahka­n wang antara RM60,000 dan RM120,000.

Wang berkenaan didakwa diserahkan oleh kesemua mangsa kepada kedua-dua tertuduh menerusi serahan tangan dan cek di sekitar ibu kota, Ampang dan Kepong, dekat sini antara Mac 2014 dan Februari 2015.

Pertuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan serta denda.

Terdahulu peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif yang mewakili Saharuddin memohon hukuman ringan kerana anak guamnya mempunyai pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, jantung dan kencing manis serta memerlukan rawatan susulan di hospital.

Beliau berkata ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya yang kini telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama pada masa depan.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Norzihan juga memohon hukuman penjara yang rendah kerana anak guamnya mengalami penyakit arthritis dan kesukaran untuk berjalan serta perlu mendapatka­n rawatan susulan di hospital.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim dan Faridah Nurdinie Bahrum memohon hukuman setimpal agar memberi pengajaran serta amaran kepada masyarakat memandangk­an kes-kes penipuan melibatkan jenayah kolar putih semakin meningkat dan ia juga kesalahan serius kerana melibatkan institusi diraja. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KOLEKSI TERBAHARU: Petugas Pos Malaysia Berhad Linawati Sulaiman menunjukka­n tiga koleksi setem terbaharu pada pelancaran koleksi setem bertemakan ‘Tumbuhan Berkhasiat’ di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama KOLEKSI TERBAHARU: Petugas Pos Malaysia Berhad Linawati Sulaiman menunjukka­n tiga koleksi setem terbaharu pada pelancaran koleksi setem bertemakan ‘Tumbuhan Berkhasiat’ di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia