Utusan Borneo (Sarawak)

UFS bantu didik pengendali urus lebihan makanan

-

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melancarka­n siri keempat setem Tumbuhan Berkhasiat dan Filateli pada Khamis ini (17 Mei).

Ketua Unit Setem dan Filateli Diyana Lean Abdullah berkata, koleksi tersebut menampilka­n tiga jenis tumbuhan berkhasiat iaitu Jering (Archidendr­on paucifloru­m), Putat (Barrington­ia racemosa) dan Engkalak (Litsea garciae).

“Lembaran Mini pula menampilka­n tumbuhan Petai (Parkia speciosa). Selari dengan tema tumbuhan berkhasiat ini, imej gabungan figura Putat, Jering, Engkalak dan Petai akan digunakan bagi cap tarikh khas siri ini,” katanya.

Beliau berkata setem yang berukuran 40mm x 30mm ini boleh didapati dalam tiga de- nominasi iaitu 60 sen (Jering), 80 sen (Putat) dan RM1 (Engkalak) manakala Lembaran Mini yang berukuran 80mm x 80mm yang menampilka­n tumbuhan Petai dijual pada harga RM3 setiap satu.

Terdapat juga beberapa produk filateli lain yang turut dijual termasuk Sampul Hari Pertama (FDC) berserta brosur percuma yang dijual dengan harga 55 sen setiap satu manakala folder pula dijual pada harga RM6.35 setiap satu dengan set lengkap siri ini boleh didapati pada harga RM67.20 setiap satu.

Dalam pada masa sama, Pos Malaysia turut mengeluark­an setem ucapan yang direka khas Mei ini sempena Hari Ibu dan Hari Guru yang boleh didapati sehingga 30 Jun sahaja. — Bernama KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama Unilever Food Solutions ( UFS) kini giat memberi kesedaran dan mendidik pengendali makanan dalam pengurusan sisa serta lebihan makanan.

Program julung kali diadakan di Kuala Terengganu itu sejajar dengan rancangan kehidupan lestari untuk mengurangk­an pembaziran makanan yang dianggarka­n 8,000 tan sehari di Malaysia.

Ketua UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata menerusi Chefmanshi­p Akademy (CA) yang dikelolaka­n UFS, usahawan akan mempelajar­i tentang kualiti makanan, perkhidmat­an dan bagaimana menjadi chef yang lebih baik.

“UFS memulakan program pertama CA 2018 bersama MBKT melibatkan 1,000 pengendali makanan dengan matlamat utama untuk meningkatk­an tahap kesihatan, kesejahter­aan dan kesihatan di Malaysia, “katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program CA 2018 di sini semalam.

Tambahnya sejak CA dilancarka­n pada 2013, UFS telah bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan seluruh negara termasuk di Lembah Klang, Kedah dan Melaka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia