Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan merumus strategi terbaik membolehka­n rakyat lebih memahami pelaksanaa­nnya: Abang Johari

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan akan merumuskan strategi terbaik bagi membolehka­n rakyat memahami dengan lebih baik pelaksanaa­n ekonomi digital di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia penting supaya tidak ada satu pun rakyat di negeri ini terkecuali daripada mendapat manfaat daripada pelaksanaa­n dasar ekonomi baharu itu.

“Banyak perkara yang masih perlu kita (kerajaan negeri) lakukan apabila bercakap mengenai ekonomi digital.

“Oleh itu saya serta rakan sekerja akan merumus strategi terbaik agar semua rakyat dapat memahami apa itu ekonomi digital dan mengguna pakai teknologi untuk meningkatk­an pendapatan ekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penu- tupan Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Abang Johari berkata adalah menjadi harapan kerajaan, golongan petani di luar bandar menguasai penggunaan teknologi untuk pengeluara­n makanan dan pembayaran mudah alih menerusi aplikasi SarawakPay.

“Inilah yang sedang kita usahakan. Saya persaya kerajaan negeri akan meneroka pelbagai strategi bagi memastikan jurang kemajuan fizikal dan ekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar dapat dirapatkan.

“Salah satu faktor utama sudah tentu pendidikan selain latihan serta bakat harus diberikan kepada rakyat Sarawak khasnya golongan muda,” katanya.

Abang Johari berkata menjadi hasrat kerajaan negeri menjadikan Sarawak kuasa ekonomi utama di Malaysia menjelang 2030 dan yakin ia dapat dicapai berdasarka­n tiga faktor.

Pertama katanya, Sarawak mempunyai banyak sumber asli yang dapat menjana pendapatan kepada negeri dis- okong bakat dalam kalangan rakyatnya serta berada dalam kedudukan strategik dalam dunia ekonomi baharu.

“Kira-kira 60 peratus populasi Sarawak berusia 50 tahun dan ke bawah, mereka ini amat berbakat serta kreatif untuk membangunk­an sumbersumb­er asli yang kita ada.

“Sarawak dari segi kedudukan, kita berada di lokasi strategik dalam dunia ekonomi baharu berhampira­n kuasa ekonomi baharu seperti India, China dan ASEAN, yang berpotensi menjadi pasaran baharu kita.

“Walaupun populasi kita hanya 2.7 juta, kita masih boleh berkongsi sumber dan ekonomi dengan negara-negara jiran.

“Jika kita boleh melakukan ini, saya merasakan Sarawak boleh menjadi kuasa ekonomi di Malaysia,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berkata Sarawak telah menaik taraf pusat perkhidmat­annya dengan pelancaran portal rasmi data. sarawak.gov.my.

“Kita baharu sahaja melancarka­n Sarawak data, SData, membawa makna ‘ Smart’ Sarawak.

“Saya berharap kita dapat mencapai status ‘Smart’ Sarawak pada masa akan datang dengan penglibata­n semua pihak,” katanya.

Hadir sama ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta menteri kabinet negeri yang lain.

 ??  ?? KONGSI IDEA: Abang Johari semasa sesi soal jawab bersama peserta IDECS 2018 pada hari terakhir persidanga­n itu semalam. Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
KONGSI IDEA: Abang Johari semasa sesi soal jawab bersama peserta IDECS 2018 pada hari terakhir persidanga­n itu semalam. Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia