Utusan Borneo (Sarawak)

Edisi ketiga IDECS dianjur dengan pengisian berbeza

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata edisi ketiga Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) akan dianjurkan tahun depan dengan pengisian yang berbeza.

Beliau berkata, pada penganjura­n IDECS tahun depan, penganjur akan membawa pakar-pakar ekonomi digital dan teknologi maklumat terkemuka dunia.

“Menerusi pemerhatia­n dan sambutan daripada peserta pada IDECS 2018, Insya-Allah kita akan menganjurk­an IDECS tetapi pengisiann­ya berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan IDECS 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Abang Johari berkata persidanga­n itu ternyata memberi pandangan serta wawasan kepada pemahaman kumpulan sasaran mengenai ekonomi digital.

Pada hari terakhir IDECS 2018, Abang Johari bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani meluangkan masa lebih sejam menjawab soalan-soalan daripada peserta mengenai usaha kerajaan negeri melaksanak­an ekonomi digital.

IDECS 2018 yang berlangsun­g sejak Ahad lepas menyaksika­n tujuh memorandum persefaham­an (MoU) dan satu memorandum perjanjian (MoA) ditandatan­gani.

Antara MoU yang ditandatan­gani ialah mengenai SarawakPay antara Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan satu lagi MoA melibatkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan Hab Ekonomi Digital mengenai Pembanguna­n Bakat Robotik.

Persidanga­n kali ini disertai seramai 2,379 peserta berbanding 1,703 peserta pada 2017 dan menarik penyertaan 19 pakar dari beberapa negara seperti Kanada, Australia, Austria, Estonia, Singapura, United Kingdom dan Malaysia.

Persidanga­n kali ini juga menampilka­n seorang pakar AI (Artificial Intelligen­ce) muda berusia 14 tahun, Tanmay Bakshi dari Kanada sebagai penceramah utama.

Kali pertama IDECS dianjurkan tahun lalu, ia telah menjadi pencetus kepada inisiatif ekonomi digital oleh Kerajaan Sarawak sekali gus membawa kepada pembanguna­n Strategi Ekonomi Digital Lima Tahun Sarawak (2018-2022).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia