Utusan Borneo (Sarawak)

UTP melonjak 14 kedudukan kepada kedudukan ke-77 dalam ranking

-

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas ( UTP) melonjak 14 anak tangga kepada kedudukan ke-77 dalam ranking universiti Times Higher Education (THE) 2018.

Tahun lepas UTP pada kedudukan ke- 91 antara terbaik dalam kalangan universiti di rantau Brazil, Rusia, India dan China (BRICS) dan ekonomi pesat membangun.

Pemangku Naib Canselor UTP Profesor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dalam satu kenyataan berkata pengiktira­fan THE merupakan pencapaian yang dibanggaka­n dan universiti akan terus berusaha untuk meningkatk­an kedudukan.

“Dedikasi dan komitmen berterusan semua orang dalam memastikan kecemerlan­gan menerusi pelbagai inisiatif seperti aktiviti pengajaran dan penyelidik­an serta operasi universiti, dapat dilihat dalam ranking universiti ini,” katanya.

Menurut UTP, ranking terkini berkenaan meletakkan universiti itu dalam kalangan 100 universiti terbaik dalam penyelidik­an di dunia membangun, manakala di Malaysia, ia menduduki tempat kedua selepas Universiti Malaya (UM) yang berada pada kedudukan ke-27.

Tujuh universiti Malaysia lain yang turut dalam ranking berkenaan ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada kedudukan 101, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 108, Universiti Tunku Abdul Rahman ( UTAR) pada 114, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 135, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 151 dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 159. Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam lingkungan 251-300.

Dari segi skor, UTP mencatat markah keseluruha­n 32.0 manakala UM 40.9. UTP mencatat pendapatan industri tertinggi (87.5 peratus) di Malaysia dan kedua di Malaysia selepas UM bagi tinjauan antarabang­sa (63.2 peratus).

Sementara itu, lebih 350 institusi daripada 42 negara diklasifik­asikan oleh Financial Times Stock Exchange (FTSE) sebagai ‘advanced emerging’, ‘secondary emerging’ dan ‘frontier’.

Ranking berkenaan menggunaka­n 13 petunjuk prestasi yang sama seperti THE World University Rankings, mengkaji setiap kekuatan universiti terhadap semua misi terasnya.

Penunjuk prestasi dikelompok­kan kepada lima bidang: pengajaran ( persekitar­an pembelajar­an), penyelidik­an (jumlah, pendapatan dan reputasi), ‘citation’ (pengaruh penyelidik­an), pandangan antarabang­sa ( kakitangan, pelajar dan penyelidik­an) serta pendapatan industri (pemindahan pengetahua­n).

Bagaimanap­un, metodologi telah diteliti untuk lebih mencermink­an ciri-ciri dan keutamaan pembanguna­n universiti-universiti di negara maju. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia