Utusan Borneo (Sarawak)

Bermula 20 Mei hingga 3 Jun, jelajah tahun ini akan menampilka­n kelainan berbanding sebelumnya

-

KUCHING: Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak meneruskan acara tahunan Jelajah Ramadan 2018 bermula 20 Mei hingga 3 Jun.

Bercakap pada sidang media yang diadakan di Mydin Petra Jaya semalam, Timbalan Pengarah Penyiaran RTM Sarawak Faridah Sulung berkata tahun ini pihaknya akan menampilka­n kelainan berbanding sebelumnya.

“Untuk tahun 2018, kami akan mengadakan acara pada hujung minggu bermula Jumaat akan datang hingga hari Ahad,” katanya.

Program tersebut akan dimulakan di Limbang pada 20 Mei ini sementara pada 25 Mei di Miri diikuti 26 Mei di Bintulu dan 27 Mei bersama pasukan acara itu di Sibu, Kapit, Sarikei dan Mukah.

Pada 2 Jun pula akan diadakan di Sri Aman dan Betong sebelum dalam perjalanan pulang ke Kuching di Serian dan Kota Samarahan pada 3 Jun nanti.

Dianjurkan oleh Bahagian Program Radio RTM, ia dihoskankh­asolehSARA­WAKfm termasuk semua stesyen kawasan seluruh negeri.

Program tersebut merupakan peluang bagi kakitangan RTM merayakan bulan Ramadan bersama mereka yang kurang bernasib baik.

Ia juga sebagai penghargaa­n pihak RTM kepada para pendengar menjalinka­n hubungan keakraban yang lebih rapat bersama agensi lain yang menyertai tahun ini.

Sementara itu, Pengurus SARAWAKfm Saiful Arini yang juga koordinato­r Jelajah Ramadan 2018 Sarawak berkata pelbagai aktiviti telah disusun atur sepanjang penganjura­n program itu.

“RTM Kuching merupakan hos penganjura­n tahun ini. Pihak kami akan mengedarka­n bubur lambuk di Mydin Mall Samariang,

Untuk tahun 2018, kami akan mengadakan acara pada hujung minggu bermula Jumaat akan datang hingga hari Ahad.” Faridah Sulung Timbalan Pengarah Penyiaran RTM Sarawak

menyampaik­an sumbangan bantuan, buka puasa dan program merekod ucap raya SARAWAKfm,” tambahnya.

Ia akan disiarkan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1 setiap pagi sepanjang pengelolaa­n acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti mereka melalui laman sosial Facebook di fb.me/ JelajahRam­adanRTM atau sarawakfm.rtm.gov.my.

Turut hadir Pengurus Kawasan Mydin Mall Sarawak Ahmad Zaidoll dan Ketua Unit Pemasaran, Promosi dan Penyeliaan Iklan Atikah Mahali.

 ??  ?? JELAJAH RAMADAN: Faridah (dua kanan) dan Saiful (kiri) bersama Sutaghani serta Atikah (kanan) pada sidang media di Kuching semalam.
JELAJAH RAMADAN: Faridah (dua kanan) dan Saiful (kiri) bersama Sutaghani serta Atikah (kanan) pada sidang media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia