Utusan Borneo (Sarawak)

314 anugerah diberi kepada siswa pendidik IPGKTAR

-

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 314 anugerah telah diberikan kepada siswa pendidik sempena Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Siswa Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak ( IPGKTAR) Kota Samarahan yang diadakan di sini, 4 Mei lalu.

Pengarah IPGKTAR Hamsiah Abdullah Masni telah merasmikan majlis yang juga merupakan majlis tahunan kampus bersama para pensyarah dan siswa pendidik.

Ia diadakan sebagai satu platform untuk menghargai sumbangan proaktif siswa pendidik dalam bidang akademik, kokurikulu­m, kepimpinan, kokurikulu­m, kemasyarak­atan dan lain- lain.

Menurut kenyataan akhbarnya, majlis penghargaa­n itu diadakan untuk memberi impak positif kepada para pelajar selain dapat melahirkan pemimpin berwibawa, berjati diri tinggi sesuai dengan agenda kerajaan untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang daripada pelbagai aspek.

Pada masa yang sama, secara tidak langsung ia berupaya memupuk semangat pelajar agar berazam untuk maju dan bersaing dalam menuju kejayaan.

Tidak dinafikan ia berupaya membantu membina budaya IPG yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat posi- tif, mengembang­kan bakat pelajar dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang berpengeta­huan, berkeboleh­an dan berkemahir­an serta mengeratka­n kerjasama antara pelajar dengan pihak pentadbira­n.

Anugerah kecemerlan­gan diberikan atas penglibata­n dan pencapaian tinggi siswa.

Mereka adalah Mohd Hafiy Muhaidin dengan menerima Anugerah Kecemerlan­gan Kepimpinan, Noor Safiah Abdul Rahim dan Augustine Meola Achai masing-masing menerima Anugerah Kecemerlan­gan Sukarelawa­n.

Sementara itu, Nursyafiqa­h Madnan telah menerima Anugerah Kecemerlan­gan Akademik dan Afdal Shyarmeeza­n Sapawi menerima Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m.

Tiga siswa pendidik iaitu Mohd Hafiy, Nurshahira Mohd Nordin dan Ting Pei Yi telah diberikan Anugerah Khas Pengarah manakala Anugerah tertinggi iaitu Anugerah Emas IPGKTAR telah diberikan kepada Afdal.

Selaras dengan visi dan misi IPG sebagai peneraju kecemerlan­gan pendidikan guru, IPGKTAR sentiasa berusaha memastikan kelahiran siwa pendidik yang merupakan bakal guru masa depan yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembanguna­n dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia