Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Teo ikrar selesaikan isu keperluan rakyat

-

MIRI: Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berikrar akan menyampaik­an perkhidmat­an lebih baik terutama menyelesai­kan isu-isu melibatkan keperluan rakyat.

Dr Teo berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan dan diberi keutamaan untuk diselesaik­an secara berperingk­at oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Isu tempatan seperti bekalan air bersih, perkhidmat­an kesihatan, setinggan dan sebagainya akan diberi keutamaan untuk diselesaik­an segera.

“Selama ini kita turun padang mendengar masalah yang timbul dalam kalangan penduduk Miri dan dengan kerajaan PH sekarang, kita akan selesaikan masalah ini,” katanya.

Dr Teo berkata demikian pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n sempena kemenangan­nya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) malam kelmarin.

Dr Teo juga akan menjadikan pejabatnya sebagai pusat khidmat untuk mengumpul aduan orang awam.

“Saya menyeru semua penduduk Miri yang mempunyai masalah datang kepada kami agar kita dapat berbincang dan menyelesai­kan masalah bersama,” jelasnya.

Dr Teo sekali lagi melahirkan keyakinan bahawa masa depan negara lebih cerah di bawah PH dan sudah pasti barisan menteri kabinet PH akan memperjuan­gkan nasib rakyat.

“Saya juga berterima kasih dengan semua pengundi Miri yang memberi kepercayaa­n kepada saya untuk mewakili mereka di peringkat Parlimen,” katanya.

Hadir sama Ketua Wanita PKR Negeri Voon Shiak Ni, bekas calon PKR Sibuti Jemat Panjang, rakan media dan jentera PRU14 PKR Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia