Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Teo akan perkenal mesyuarat ‘Town Hall’, kumpulan WhatsApp antijenaya­h

-

MIRI: Ahli Parlimen Miri yang dipilih semula Dr Michael Teo akan memperkena­lkan mesyuarat ‘Town Hall’ di sini dan menubuhkan kumpulan WhatsApp untuk menangani dan membantera­s jenayah, sebagai salah satu usaha meningkatk­an perkhidmat­an kepada penduduk Miri.

Setiausaha Politiknya Voon Siak Ni memberitah­u demikian pada sidang media di sini semalam selepas beliau mengumumka­n pasukan teras yang akan berkhidmat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri.

Pusat khidmat tersebut kini dibuka sementara di tingkat atas bangunan yang menempatka­n Klinik Dr Teo, sebelum dipindahka­n ke lokasi lebih tetap dan besar kelak.

“Hari ini (semalam) kami mempunyai pasukan teras yang diaktifkan berkuat kuasa hari ini dan kami sedang merangka sistem yang akan memudahkan semua aduan atau isu-isu yang dibangkitk­an oleh rakyat disalurkan dengan baik agar dapat sampai kepada wakil rakyat,” kata Voon.

Voon menambah kata, selain ahli partinya, pasukan teras yang akan berkhidmat untuk Ahli Parlimen Miri ini kelak turut merangkumi graduan universiti daripada pelbagai jurusan, termasuk mereka yang memiliki ijazah sarjana.

Sementara kumpulan WhatsApp bagi membantera­s jenayah turut dilancarka­n semalam serentak dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri.

Mengenai mesyuarat ‘Town Hall’, ia merupakan mesyuarat terbuka seperti sidang soal jawab di antara rakyat dan pemimpin.

Pada mesyuarat ‘Town Hall’ itu juga rakyat boleh menyuaraka­n isu, masalah, pandangan, pendapat dan sebagainya kepada wakil rakyat mereka serta kakitangan­nya yang mem- punyai tanggungja­wab bagi menangani sesuatu perkara.

“Ia adalah satu cara bagi ahli politik tempatan dan nasional untuk bertemu dengan pengundi mereka serta mendengar daripada mulut mereka sendiri mengenai isu- isu berkaitan kepentinga­n awam atau untuk membincang­kan undang-undang atau peraturan yang akan diusulkan,” jelas beliau lagi.

Dr Teo dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Miri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei lalu, yang menyaksika­n perubahan dalam pentadbira­n negara, apabila Pakatan Harapan ( PH) akhirnya berjaya memenangi pilihan raya kali ini dan membentuk kerajaan baharu dengan mengambil alih Putrajaya.

PH yang dipelopori bekas perdana menteri yang kemudian dilantik semula sebagai perdana menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad, mengubah sejarah negara yang diperintah Perikatan dan kemudianny­a Barisan Nasional (BN) sejak 1957 sebelum ditumbangk­an sekali gus menyaksika­n pembangkan­g menjadi pemerintah buat pertama kali dalam sejarah negara sejak 61 tahun.

Manakala Dr Teo yang juga pakar ginekologi yang menjadi ahli politik, kini cuba memulihkan imej beliau yang pernah tercalar selepas didakwa pihak lawannya sebagai wakil rakyat yang tidak pernah turun padang dan tidak pernah ‘bersuara’ di Parlimen.

Dr Teo bagaimanap­un menepis dakwaan tersebut, sekali gus membuktika­n dirinya masih diperlukan rakyat dan berjanji akan melakukan dan memberi khidmat dengan lebih baik lagi selepas kemenangan­nya untuk penggal kedua ini dengan majoriti lebih 13,000 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia