Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan pendidikan perlu memberi perkhidmat­an terbaik

-

MIRI: Kakitangan Kementeria­n Pendidikan Malaysia sama ada guru mahupun anggota kumpulan pelaksana perlu memberi perkhidmat­an terbaik dalam mendidik anakanak bangsa menerajui negara pada masa depan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii berkata sebagai ejen perubahan yang berkesan menjadi tanggungja­wab semua mempamerka­n budaya kerja cemerlang dan berprestas­i tinggi bagi memberi banyak manfaat kepada kelompok sasaran dan negara.

“Justeru, semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Miri hendaklah memahami, mengetahui dan melaksanak­an peranan masing-masing dengan berkesan dan sinergi, boleh berfikir secara holistik dan melangkaui kebiasaan, mempunyai nilai tambah serta penilaian penciptaan nilai bagi memantapka­n kualiti perkhidmat­an awam,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) 2017 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri di sini semalam.

Katanya, setiap Pejabat Pendidikan Daerah harus arif melaksanak­an peranan masing-masing secara berkesan dalam menzahirka­n usaha tersebut.

Malah, warga pendidik dituntut sentiasa mengamalka­n budaya kerja berprestas­i tinggi termasuk elemen kreativiti dan inovasi menyampaik­an perkhidmat­an atau menghasilk­an produk berkualiti dan bertaraf dunia.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Miri Shirini Mastura Mohamed Zulkifli dan lebih 268 penerima APC 2017 terdiri kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Miri, guru besar, guru sekolah menengah dan rendah sekitar Miri.

Pada majlis sama, Adam turut menyampaik­an Sijil APC kepada penerima.

 ??  ?? TAHNIAH: Adam menyampaik­an Sijil APC kepada salah seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Miri Mohamad Rizanuddin Salaiman sambil disaksikan Shirini pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang di Miri semalam.
TAHNIAH: Adam menyampaik­an Sijil APC kepada salah seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Miri Mohamad Rizanuddin Salaiman sambil disaksikan Shirini pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia