Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 69 penuntut menamatkan kursus Rejimen 510 AW Sibu

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Dua bekas tentera menerima sumbangan kerusi roda daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVTATM) Cawangan Nangka semalam.

Kedua-dua bekas tentera itu ialah Kassim Mohamad, 76, dan Banyoi Najing, 59.

Pengerusi PVTATM Cawangan Nangka Abang Mos Abang Tungal menyerahka­n kerusi roda tersebut semasa lawatan ke kediaman bekas tentera berkenaan.

Turut hadir Timbalanny­a Jimbau Galau.

Kassim dari Kampung Hilir, mulai menyertai angkatan tentera semasa berumur 21 tahun dan menjalani latihan ketenteraa­n di Ulu Tiram, Johor pada 1963 di bawah kendalian Gurkha Rifles.

Selepas sembilan bulan berlatih, beliau kemudianny­a ditempatka­n di Batalion Renjer Pertama Malaysia di Taiping, Perak.

Selepas itu, beliau dihantar ke Sri Aman sehingga akhir perkhidmat­annya.

Ketika ditemu ramah pemberita, Kassim memberitah­u, dasar cintakan tanah air menjadi pemangkin utama beliau menyertai angkatan tentera.

Menurut beliau, selepas perkhidmat­annya tamat pada 1978, beliau bekerja sebagai pemandu untuk bekas senator Datuk Douglas Sullang pada sebelah siang dan pada waktu malam, beliau bekerja sebagai pengawal keselamata­n di Pejabat Pos Malaysia di Sibu.

Kassim mempunyai 10 anak, tujuh lelaki dan tiga perempuan.

Sementara itu, Banyoi menyertai angkatan tentera semasa berumur 18 tahun pada 1978.

Beliau menjalani latihan ketenteraa­n di Kem Tentera Oya.

Beliau berkhidmat dalam tentera selama 17 tahun, di mana khidmat pertamanya bermula di Renjer 2 Kem Oya, kemudian berpindah ke Kem RASCOM hingga akhir perkhidmat­annya.

Selepas bersara daripada tentera, beliau menyertai Jabatan Perhutanan sebagai pengawal hutan dan kini telah bersara.

Kini Banyoi bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda setelah kedua-dua belah kakinya dipotong beberapa tahun lalu akibat diabetes.

Beliau didiagnosi­s menghidap diabetes pada 2005 dan memulakan dialisis pada 2015.

“Saya amat berterima kasih kepada persatuan kerana memberikan saya kerusi roda ini.

“Saya harap dapat berjalan dengan kaki prostetik, “katanya.

Abang Mos berkata, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memohon kaki prostetik untuk Banyoi.

“Tidak ada jaminan, tetapi saya akan mencuba yang terbaik.

Saya akan menghantar permohonan itu,” katanya. SIBU: Seramai 69 penuntut Kursus KADAR Bakal Pegawai Tidak Tauliah Siri 1/2018 berjaya menamatkan kursus masing-masing kelmarin.

Kursus tersebut diakhiri dalam perbarisan penutup di Padang Kawad Rejimen 510 Askar Wataniah (AW) Sibu.

Upacara perbarisan tersebut disempurna­kan Timbalan Komander Rejimen 510 AW

Tidak ada jaminan, tetapi saya akan mencuba yang terbaik. Saya akan menghantar permohonan itu. Abang Mos Abang Tungal Pengerusi PVTATM Cawangan Nangka

Leftenan Kolonel Zakaria Abdul Rahman.

Sementara itu, kursus berkenaan yang berlangsun­g selama empat minggu bermula 16 April lalu telah disertai anggota sukarela Rejimen 510 AW Sibu dan Rejimen 511 AW Kuching.

Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai syarat untuk melayakkan anggota sukarela dinaikkan pangkat daripada prebet kepada lans koperal.

Prebet Jennie Tiong dinobatkan sebagai Penuntut Kesuluruha­n Terbaik manakala Prebet Raj Rozan Pillai dipilih sebagai Penuntut Kawad Terbaik.

Kategori Penutut Akademik Terbaik pula dimenangi Prebet Nur Fadilah Daheri manakala Prebet Vraiyen Vincent mengunggul­i Penuntut Penembak Terbaik.

Zakaria dalam ucapannya berharap semua penuntut dapat mengaplika­sikan segala ilmu yang telah dipelajari.

Katanya, ini sangat penting terutama setelah dinaikkan pangkat agar dapat melaksanak­an tugas yang diamanahka­n dengan cemerlang.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Rodziah (berdiri tengah) bersama kakitangan BDA pada majlis kesyukuran di Bintulu malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Rodziah (berdiri tengah) bersama kakitangan BDA pada majlis kesyukuran di Bintulu malam kelmarin.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Mos (kanan), Kassim (duduk), Jimbau (empat kiri) dan yang lain merakam kenangan bersama.
UNTUK ALBUM: Abang Mos (kanan), Kassim (duduk), Jimbau (empat kiri) dan yang lain merakam kenangan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia