Utusan Borneo (Sarawak)

Trienekens terima ‘Outstandin­g Vendor Award’ daripada Petronas

-

KUCHING: Trienekens ( Sarawak) Sdn Bhd ( Trienekens) baru-baru ini telah menerima ‘Outstandin­g Vendor Award’ kategori (Excellent Performanc­e) daripada syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sebagai pengiktira­fan terhadap prestasi cemerlangn­ya pada tahun lepas.

Pengiktira­fan tersebut diberikan oleh Petronas untuk menghormat­i kontraktor mereka dalam penyampaia­n perkhidmat­an yang menjadi contoh yang menunjukka­n prestasi cemerlang dalam Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar ( HSE), kebolehper­cayaan, responsif dan hormat.

Trienekens juga merupakan syarikat pengurusan sisa bersepadu, adalah antara 13 penyedia perkhidmat­an minyak dan gas tempatan yang menerima anugerah tersebut daripada Ketua Minyak Sarawak, PCSB Anuar Ismail semasa Hari Kerjasama Rakan Perniagaan PCSB Sarawak 2018 di sini pada 25 April lalu.

Sebagai penghargaa­n kepada pihak Petronas atas penganuger­ahan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens Stephen Chin berkata pihaknya berasa bertuah kerana diberi pengiktira­fan tersebut kerana ia merupakan hasil usaha semua kakitangan­nya dan ini akan menjadi semangat untuk berusaha lebih lagi dalam memantapka­n perkhidmat­an sistem pengu- rusan sisa selepas ini.

Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd adalah syarikat pengendali Sistem Pengurusan Sisa Bersepadu (IWMS) di Sarawak, sebuah sistem pengurusan alam sekitar yang holistik yang menggabung­kan pengumpula­n, pengangkut­an dan pelupusan sisa perbandara­n dan berbahaya menggunaka­n teknologi alam sekitar moden.

Selain menyediaka­n perkhidmat­an pengurusan sampah bagi tiga kawasan bandar di Kuching, Trienekens juga merupakan penyedia perkhidmat­an untuk pengurusan sisa berbahaya yang meliputi Malaysia Timur, termasuk Wilayah Persekutua­n Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia