Utusan Borneo (Sarawak)

Armin Zaharin bangkitkan isu mengenai hak penjagaan ke atas anak-anak mereka

-

SHAH ALAM: Hasrat penyanyi terkenal Ziana Zain untuk mengakhiri perkahwina­nnya dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri terbantut selepas suaminya itu membangkit­kan isu mengenai hak penjagaan ke atas anak-anak mereka.

Ketika kes mereka disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, Armin Zaharin memberitah­u Hakim Syarie Mohd Nizam Mohtar bahawa beliau bersedia untuk menceraika­n Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, namun beliau inginkan hak untuk berjumpa dengan anakanak mereka.

“Saya boleh lepaskan (Ziana) tetapi saya nak (mahu) dapatkan persetujua­n bersama ke atas hak berjumpa anak-anak. Saya nak (mahu) dibenarkan jumpa anakanak,” katanya.

Ziana bagaimanap­un memberitah­u mahkamah bahawa beliau telah dinasihatk­an oleh peguam dan pihak polis supaya tidak membenarka­n anak-anak mereka berjumpa Armin Zaharin buat masa ini kerana dibimbangi mengganggu kes jenayah yang dihadapi lelaki itu.

Armin Zaharin sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan pindaan sengaja menyebabka­n kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelaki mereka berusia 9 tahun menggunaka­n sebatang rotan, di rumah mereka di Denai Alam di sini, pada Februari lepas.

“Anak-anak saya adalah saksi dalam kes itu dan saya dinasihatk­an kalau boleh mereka tidak dibawa berjumpa bapa mereka kerana takut akan dipengaruh­i bapa mereka. Saya tiada halangan untuk mereka berjumpa selepas kes (jenayah) selesai, saya hanya ikut arahan polis,” kata Ziana.

Mohd Nizam kemudian merekodkan bahawa Armin Zaharin tidak bersetuju dengan perceraian itu dan mengeluark­an perintah mengikut Seksyen 47 ( 5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 supaya kes tersebut dirujuk ke jawatankua­sa pendamai.

Beliau menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes itu.

“Sebarang pertikaian atau tuntutan berhubung hak penjagaan anak perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah sebab saya tiada kuasa untuk mendengar atau memutuskan perkara ini,” kata Mohd Nizam.

Ziana, 50, yang popular dengan lagu Madah Berhelah, mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin, 53, pada 9 Mei 1998 dan dikurniaka­n empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.Armin Zaharin adalah bekas pramugara tetapi kini tidak bekerja.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah Ziana berkata, beliau kini berasa tenang selepas memfailkan percera- ian terhadap Armin Zaharin yang dikahwinin­ya selama 20 tahun.

“Saya berasa tenang kerana kita tahu dia bagaimana orangnya. Sepanjang usia perkahwina­n kami, saya rasakan kehidupan saya bagai dalam neraka…setiap kali selesai bekerja, saya seolah-olah trauma untuk pulang ke rumah sehingga apabila saya lihat pagar rumah saya meraung.

“Anak-anak juga stres dengan perilaku Armin sehingga seorang daripada anak saya terpaksa dirujuk ke psikiatri selepas menghidap sindrom kemurungan sejak umur 14 tahun.

“Saya pun tidak percaya bagaimana saya boleh bersabar sepanjang perkahwina­n kami dan tindakan perceraian ini adalah kemuncak kesabaran saya,” katanya sebak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITANGGUH: Ziana Zain hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan kes perceraian­nya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, semalam.
— Gambar Bernama DITANGGUH: Ziana Zain hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan kes perceraian­nya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia