Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan didenda RM1,200 buat laporan polis palsu

-

BUKIT MERTAJAM: Seorang wartawan didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, 2 Mei lepas.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar menjatuhka­n hukuman itu ke atas Fong Kee Soo, 37, selepas lelaki itu mengaku memberi maklumat palsu secara bertulis di Balai Polis Perai, dekat sini pada jam 9.14 malam, 2 Mei lepas.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika dia gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Tertuduh yang masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau keduaduany­a.

Terdahulu, Fong yang diwakili peguam K. Kumarathir­aviam merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan itu adalah kesalahan pertama tertuduh dan kesalahan itu hanya melibatkan laporan polis palsu yang tidak mendatangk­an kecederaan dan kesusahan kepada sesiapa.

Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusuf memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana perbuatan tertuduh membazirka­n masa pegawai penyiasat untuk menyiasat satu kes yang tidak wujud.

Berdasarka­n fakta kes, Fong didakwa membuat laporan polis bahawa dia disamun oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dengan menendang motosikal yang ditunggang­inya dari arah belakang sebelum mereka merampas beg galas miliknya dan melarikan diri di kawasan perindustr­ian menuju ke Jalan Chain Ferry, Perai dekat sini pada 8.30 malam, 2 Mei lepas.

Bagaimanap­un, hasil siasatan polis mendapati tertuduh telah membuat laporan polis palsu disebabkan masalah kewangan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAPORAN PALSU: Fong ( dua kiri) didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret dekat Bukit Mertajam, semalam kerana membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, 2 Mei lepas.
— Gambar Bernama LAPORAN PALSU: Fong ( dua kiri) didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret dekat Bukit Mertajam, semalam kerana membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, 2 Mei lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia