Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas guru agama didakwa cabul 10 murid lelaki

-

KAJANG: Seorang bekas guru agama didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan merangsang dan 18 pertuduhan mencabul 10 murid lelakinya sejak Februari 2014 sehingga April 2017.

Mohd Farid Yusof, 31, bekas guru Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah rendah agama integrasi mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Lelaki itu didakwa atas dua pertuduhan merangsang dua murid berusia 10 dan 11 tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau di bilik guru lelaki sebuah sekolah rendah agama integrasi di Bangi, masing-masing pada September 2015 dan November 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Kes- eksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Mohd Farid yang kini bekerja sendiri turut didakwa atas 18 pertuduhan melakukan kekerasan jenayah bagi maksud mencabul kehormatan 10 murid berusia antara sembilan dan 12 tahun termasuk seorang daripada mangsa yang dirangsang itu.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di bilik guru lelaki, bilik kesihatan, bilik alat pandang dengar, bilik Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan tiga buah bilik darjah, di sekolah itu antara Februari 2014 dan April 2017 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan manamana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria tidak menawarkan wang jaminan terhadap tertuduh mengambil kira kes tersebut membabitka­n 10 mangsa yang merupakan kanak- kanak manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarka­n jaminan yang rendah.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin yang terdiri dari anggota keluarga berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu kesemua mangsa dan menetapkan 8 Jun untuk sebutan semula kes.

Terdahulu tertuduh yang hadir ke mahkamah ditemani seorang lelaki menutup mukanya dengan tangan dan menundukka­n kepalanya sepanjang masa ketika berada di luar bilik bicara sehingga dia dipanggil masuk untuk prosiding pendakwaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia