Utusan Borneo (Sarawak)

Dipecat kerana hamil, guru sandaran diberi ganti rugi RM40,000

-

PUTRAJAYA: Ibu empat anak yang kontraknya sebagai guru sandaran tidak terlatih ditamatkan kerana beliau hamil sembilan tahun lepas, diberikan RM40,000 sebagai ganti rugi am oleh Mahkamah Persekutua­n semalam.

Panel lima hakim terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim- hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Seri Balia Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah memberikan ganti rugi tambahan RM10,000 kepada Noorfadill­a Ahmad Saikin.

Mahkamah, bagaimanap­un mengetepik­an ganti rugi sebanyak RM10,000 yang diberikan Mahkamah Rayuan kepada Noorfadill­a pada 2016 bagi kesengsara­an dan penderitaa­n dialaminya.

Hakim Ahmad yang mempengeru­sikan panel itu membenarka­n sebahagian rayuan Noorfadill­a dan juga membenarka­n sebahagian rayuan kerajaan.

Bagaimanap­un, katan- ya tiada keperluan untuk mahkamah membuat keputusan berhubung tiga persoalan undang-undang berkaitan isu penilaian ganti rugi kerana melanggar hak di sisi perlembaga­an.

Pada 2007, Noorfadill­a menyaman pegawai pendidikan Daerah Hulu Langat Chayed Basirun dan Ismail Musa, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor Dr Zahri Aziz, ketua pengarah Kementeria­n Pendidikan, Menteri Pendidikan dan kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai guru sandaran tidak terlatih.

Beliau memohon diisytihar­kan bahawa penamatan kontraknya atas alasan beliau hamil tiga bulan, adalah tidak sah.

Pada 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan penting bahawa kehamilan bukan alasan sah untuk Jabatan Pendidikan Selangor menafikan penggajian Noorfadill­a sebagai guru sandaran tidak terlatih.

Pada 10 November, 2014, Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Ahmad Rizki Abdul Jalil memberikan RM300,000 kepada Noorfadill­a sebagai ganti rugi am bagi pelanggara­n hak di sisi perlembaga­an dan RM25,000 sebagai ganti rugi bagi tekanan emosi dan mental.

Pada Februari 2016, Mahkamah Tinggi mengurangk­an jumlah ganti rugi itu sebanyak 90 peratus kepada RM30,000 atas alasan ia tidak wajar dan sama seperti mencatut.

Mahkamah Rayuan pada 2016 mengekalka­n jumlah ganti rugi am itu dan memberikan RM10,000 kepada Noorfadill­a RM10,000 bagi tekanan emosi dan mental.

Noorfadill­a diberikan kebenaran untuk merayu oleh Mahkamah Persekutua­n pada tahun lepas, dan didengar semalam.

Kerajaan juga mengemukak­an rayuan balas.

Peguam Honey Tan dan Joachim Xavier mewakili Noorfadill­a manakala Peguam Kanan Persekutua­n Suzana Atan dan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia