Utusan Borneo (Sarawak)

AKSEM rampas daum ketum bernilai RM7,500

-

PASIR MAS: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup daun ketum seberat 150 kilogram bernilai RM7,500 ke Thailand, di Kampung Kubang Pak Itam, Rantau Panjang di sini, kelmarin.

Komander AKSEM Rantau Panjang Shuhaidi Saidon berkata, daun ketum itu yang dipercayai dari negeri di utara Semenanjun­g, ditemukan di dalam sebuah kereta yang ditinggalk­an di sebuah rumah tiada penghuni di kampung itu pada jam 3.15 petang.

“Pada 12.30 tengah hari semalam (kelmarin), sepasukan anggota AKSEMBukit Bunga yang membuat rondaan di Batu 11, Tanah Merah terserempa­k dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigak­an dan selepas diekori, anggota cuba menahan kenderaan tersebut tetapi pemandu itu terus memecut ke arah Pasir Mas untuk melepaskan diri.

“Anggota bertugas kemudian mengejar sejauh 60 kilometer namun kereta disyaki itu berjaya lolos,” katanya kepada pemberita di Pejabat AKSEM Rantau Panjang di sini, semalam.

Shuhaidi berkata, hasil maklumat dan intipan pihaknya, kereta itu kemudianny­a dijumpai ditinggalk­an di sebuah rumah di Kubang Pak Itam dan pemeriksaa­n mendapati terdapat puluhan guni berisi daun ketum di dalam kereta itu.

Beliau berkata, tiada suspek ditangkap dan kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPAS: Shuhaidi (kanan) menunjukka­n daun ketum yang dirampas dari sebuah kereta di Kampung Kubang Pak Hitam pada sidang media di Ibu Pejabat AKSEM Rantau Panjang dekat Pasir Mas, semalam.
— Gambar Bernama RAMPAS: Shuhaidi (kanan) menunjukka­n daun ketum yang dirampas dari sebuah kereta di Kampung Kubang Pak Hitam pada sidang media di Ibu Pejabat AKSEM Rantau Panjang dekat Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia