Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Anwar sebagai PM tidak akan dibuat secara terburu-buru

-

KUALA LUMPUR: Pelantikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan tidak akan dibuat secara terburu-buru, menurut isterinya yang telah dinamakan sebagai timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu berkata ia akan dijalankan mengikut perancanga­n asal iaitu pada pertengaha­n penggal di bawah pemerintah­an kerajaan Pakatan Harapan.

“Buat masa ini kita mahukan kerajaan di bawah pimpinan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad ini berjalan lancar, dan kita terima perubahan yang kita inginkan terutama reformasi yang ingin kita ketengahka­n,” katanya kepada pemberita selepas melawat Anwar di Hospital Rehabilita­si Cheras di sini semalam.

Beliau mengulas laporan media asing yang memetik Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin sebagai berkata adalah ‘tidak bijak’ untuk tergesages­a melantik Anwar sebagai perdana menteri selepas be- liau kembali ke Parlimen.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status kesihatan Anwar, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata suaminya semakin pulih.

“Beliau beransur pulih sebab nak dibebaskan dan mengenai ceramah yang dijadualka­n esok (hari ini), insya-Allah kita tunggu,” katanya.

Kelmarin, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan agar semua prosedur berkaitan prosiding Lembaga Pengampuna­n Diraja untuk Anwar dimuktamad­kan pada Rabu.

Anwar mula menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadiny­a. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Wan Azizah ditemurama­h pengamal media selepas keluar dari wad Hospital Rehabilita­si Cheras untuk bertemu suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani rawatan di hospital itu, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Wan Azizah ditemurama­h pengamal media selepas keluar dari wad Hospital Rehabilita­si Cheras untuk bertemu suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani rawatan di hospital itu, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia