Utusan Borneo (Sarawak)

PH Perak rai sokongan tanpa jejas pentadbira­n

-

IPOH: Pakatan Harapan (PH) negeri Perak mengamalka­n prinsip meraikan sokongan daripada sesiapa sahaja termasuk yang ingin menyertai gabungan itu dan memberi jaminan ia tidak akan menjejaska­n pentadbira­n negeri.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata permohonan kemasukan sesiapa sahaja ke dalam PH khususnya di negeri ini pertimbang­an Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Perak.

“Setiap permohonan kemasukan diberi pertimbang­an yang tegas agar segala episod duka rakyat tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi PH Perak mengulas keputusan menolak kemasukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak.

Ahmad Faizal berkata keputusan itu ditolak setelah mengambil kira bahawa Jamaluddin menjadi salah satu faktor pengkhiana­tan kerajaan Pakatan Rakyat sehingga berlaku krisis perlntadbi­ran di Perak pada 2008.

Sementara itu, Ketua Penerangan Keadilan Perak Siti Aishah Shaik Ismail berkata kehadiran Jamaluddin dalam satu sidang media berkaitan kemasukkan ADUN Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ke dalam PPBM kelmarin adalah tidak diundang.

“Beliau (Menteri Besar) juga menegaskan bahawa penyertaan penyertaan manamana individu tidak menjadi asas kepada sebarang bentuk penawaran jawatan atau tempat dalam setiap posisi pentadbira­n politik negeri,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Siti Aishah berkata PH Perak memadang serius setiap perkara yang berlaku agar ia tidak membantutk­an usaha kerajaan negeri bagi memastikan keutamaan rakyat didahuluka­n.

Ditanya mengenai tawaran jawatan Exco kepada Zainol Fadzi dan ADUN Tualang Sekah Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi, Siti Aisha berkata perkara itu akan diputuskan kemudian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia