Utusan Borneo (Sarawak)

MBM harap aspirasi anak muda tidak diabaikan kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Negara (MBM) berharap aspirasi anak muda tidak akan diabaikan oleh kerajaan.

Presiden MBM, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin meminta kepimpinan baharu di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mensiasiak­an aspirasi serta suara anak muda.

“Jika aspirasi mereka (anak muda) dibuang dan diabaikan begitu saja, maka golongan muda akan merasakan pandangan mereka ini tidak penting bagi pihak kerajaan.

“Saya rasakan ini adalah sesuatu yang harus dilihat oleh kerajaan sekarang ini. Kerana ia merupakan aspirasi dan harapan yang cukup besar dalam membentuk masa depan secara bersama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan di Pusat Belia Antarabang­sa di sini.

Dalam perkembang­an lain Mua’mmar berkata MBM menyambut baik sistem politik yang diamalkan dalam negara kita yang telah membuktika­n mengamalka­n sistem politik yang cukup matang.

Mua’amar Ghadafi berkata ia menunjukka­n transisi kepimpinan dijalankan di negara dalam keadaan baik dan cukup tertib.

“Rakyat Malaysia telah matang dalam berpolitik. Kita tidak seperti negara lain apabila tukar kerajaan akan berlaku kucar-kacir dan bertumpaha­n darah.

“Ini membuktika­n usaha kita dalam memberi pendidikan kepada anak muda rakyat Malaysia menjadi lebih matang, berjaya. Kita boleh lihat betapa dinamiknya sistem politik negara ini,” katanya.

Menubuhkan sekolah politik belia, memperkasa­kan persatuan belia, memperting­katkan pendidikan politik, menggalakk­an lebih ramai anak muda menyertai pembuat dasar dan keputusan kerajaan dan penyertaan lebih ramai anak muda dalam pilihan raya adalah antara resolusi utama konvensyen itu bertemakan ‘Cakna Negara: Demokrasi Populisme dan Sosialisas­i Politik Belia Pasca PRU Ke-14’. — Bernama

Saya dah beri jaminan bahawa semua agensi-agensi kerajaan persekutua­n walaupun ditubuhkan zaman Barisan Nasional (BN) dulu yang memberi manfaat kepada rakyat kita akan diteruskan malah ia akan diperkasak­an lagi. Datuk Seri Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah

datangnya dakwaan kononnya (dengan) kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) Kedah biasa.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri ba- haru di bawah pimpinan PH terus komited untuk meneruskan dasar yang memberi perhatian sepenuhnya kepada pusat tahfiz di negeri ini seperti mana pernah dilakukann­ya ketika menjadi Menteri Besar daripada BN sebelum ini.

“Zaman saya MB (Menteri Besar) dulu pun saya banyak membantu pondok-pondok dan maahad tahfiz di Kedah ini, jadi sekarang ni pun saya akan teruskan dasar terse- but,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga akan mengkaji semula sistem perkhidmat­an di peringkat kampung termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) supaya setiap permasalah­an rakyat dapat diambil perhatian pihak kerajaan dengan lebih cekap dan berkesan.

Terdahulu, dalam ucapannya Mukhriz mengajak rakyat tanpa mengira faha- man politik kembali bersatu hati dalam memajukan Kedah agar setanding dengan negerinege­ri maju lain.

“Saya juga telah meminta kepada kerajaan pusat untuk memberi keistimewa­an kepada Kedah dan mereka sudah berjanji dan saya akan tuntut janji itu, saya juga meminta kepada PAS dan BN biarlah kita berurusan penuh berhemah agar sama-sama kita bangunkan negeri ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia