Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi kerajaan Melaka dinasihati tangguh lupus dokumen

-

MELAKA: Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka dinasihati menangguhk­an proses pelupusan dokumen sehingga waktu yang lebih sesuai bagi mengelakka­n salah faham dalam kalangan masyarakat.

Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata ini kerana tindakan melupuskan dokumen kerajaan pada waktu sekarang boleh dilihat seperti mahu menyembuny­ikan sesuatu.

“Tempoh sekarang adalah tempoh sensitif, salah satu agensi yang kita dapat tahu dan sudah arahkan mereka berhenti melupuskan dokumen ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana dianggarka­n terdapat kira-kira 30 beg plastik hitam mengandung­i dokumen hendak dilupuskan semalam (kelmarin).

“Anggota MBMB maklumkan kepada saya bahawa dokumen yang mereka lupuskan adalah yang lebih tempoh lima tahun tetapi apabila kita periksa ada dokumen-dokumen yang baharu tiga tahun dan ia bercanggah dengan apa yang diberitahu,” katanya pada sidang akhbar di Seri Bendahara, Ayer Keroh, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Organisasi DAP Melaka Seah Shoo Chin yang juga wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang.

Sementara itu, Khoo yang juga wakil rakyat kerusi Parlimen Kota Melaka, percaya kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menteri Adly Zahari akan melakukan siasatan rapi terhadap perbelanja­an ‘tidak masuk akal’ kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau berkata antara yang akan diteliti ialah kerja naik taraf dan penambahba­ikan di Seri Bendahara iaitu kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka bagi tempoh 2013 hingga tahun lepas yang dipercayai mencecah RM2.2 juta.

“Semasa kita jadi pembangkan­g, banyak perkara kita bangkitkan dalam persidanga­n DUN dan perkara-perkara ini kita akan siasat dengan teliti dan mencari siapa yang bertanggun­gjawab,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Khoo (kanan) pada sidang akhbar di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Khoo (kanan) pada sidang akhbar di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia