Utusan Borneo (Sarawak)

Tarik balik larangan imigresen: Tian Chua berterima kasih kepada Shafie

-

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah yang baharu dilantik, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana menarik balik larangan imigresen terhadapny­a dan Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden parti itu.

Tian Chua berkata larangan imigresen yang dikenakan oleh kerajaan terdahulu menghalang mereka daripada memasuki negeri itu, tetapi dengan perubahan kerajaan pemerintah, beliau berharap dapat membina Malaysia yang progresif ber- sama-sama.

“Saya akan bertemu Datuk (Mohd) Shafie untuk mengucapka­n terima kasih kepada beliau secara peribadi, mungkin pada Ramadan. Saya rasa gembira kerana sekali lagi dapat menemui rakyat di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, selepas memulakan tugas, Mohd Shafie mengarahka­n supaya larangan memasuki Sabah terhadap pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH) dari Semenanjun­g ditarik balik.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu selama dua penggal sejak 2008 hingga 2018, juga merakamkan penghargaa­n kepada pengundi di Sabah dan Sarawak atas sumbangan ‘besar’ mereka terhadap kerusi Parlimen kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Beliau berkata gabungan 25 kerusi pelbagai kaum itu membolehka­n PH mendapat majoriti selesa semasa PRU14.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Sabah dan Sarawak atas sokongan jelas mereka mengenai agenda reformasi oleh PH dan Warisan,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia