Utusan Borneo (Sarawak)

Kawal kemasukan anggota pembangkan­g ke dalam PH

-

IPOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak mengingatk­an Pakatan Harapan ( PH) negeri supaya berhati- hati dalam menerima kemasukan beramai- ramai pemimpin pembangkan­g terutama UMNO ke dalam gabungan tersebut.

Naib Pengerusin­ya, Dr Muhaimin Sulam berkata, jika pendekatan itu tidak dibuat ia dikhuatiri akan menjadi liabiliti selain memungkiri amanah rakyat yang memilih PH selaku kerajaan selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya AMANAH juga bimbang pendekatan tersebut sengaja digunakan bagi meraih kuasa dan keuntungan peribadi.

“AMANAH sendiri bukan sekadar sebuah parti politik yang berintegri­ti tetapi adalah sebuah parti yang bangkit daripada sebuah kehancuran kepercayaa­n rakyat.

“Kemasukan beramairam­ai ini jangan sampai jadi seperti tikus membaiki labu dan AMANAH Perak tetap mengambil sikap berhatihat­i selain memberi amaran sebarang usaha mengkhiana­ti perjuangan PH akan kami tentang habis-habisan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharuddin bersama 200 ahli UMNO daripada pelbagai bahagian di Perak mengisytih­arkan keluar daripada parti berkenaan dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merupakan komponen dalam PH.

Rata-rata daripada mereka berpendapa­t tindakan itu dilakukan selepas mengambil kira suasana semasa politik negara serta bagi menjaga kepentinga­n rakyat di kawasan.

Dr Muhaimin berkata, daripada sudut lain, kemasukan beramai-ramai pimpinan UMNO tersebut bakal memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) Perak untuk melakukan proses transforma­si dan penstruktu­ran semula parti.

“Ibarat kata pepatah Melayu lama, sudah jatuh ditimpa tangga. Kawan ketawa ramai, kawan menangis sendiri. Begitulah realiti dunia berpolitik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia