Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak perkara perlu dibincangk­an ekoran perubahan selepas PRU14

-

PEKAN: Membina hubungan baik dengan kerajaan persekutua­n antara perkara yang akan diberi keutamaan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata banyak perkara perlu dibincangk­an ekoran perubahan yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Penekanan juga akan diberikan untuk memenangi hati dan mengembali­kan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Wan Rosdy ditemui selepas Majlis Pengurniaa­n Surat Cara Lantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang di Istana Abu Bakar di sini, semalam.

Istiadat disempurna­kan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut berkenan berangkat ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman.

Berhubung pelantikan lapan Exco Pahang semalam, Wan Rosdy yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata bidang tugas atau portfolio mereka akan ditentukan dalam masa terdekat.

Penekanan juga akan diberikan untuk memenangi hati dan mengembali­kan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN). Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Pahang

Beliau yang memaklumka­n akan memulakan tugas hari ini, juga mengucapka­n terima kasih kepada menteri besar sebelum ini Datuk Seri Adnan Yaakob atas jasa dan tunjuk ajar diberikan kepadanya.

“Saya juga menjunjung kasih kepada Sultan dan Pemangku Raja Pahang atas kepercayaa­n yang diberikan. Saya akan menggalas tanggungja­wab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, Adnan merakamkan rasa syukur apabila dimaklumka­n Wan Rosdy akan menyambung tugasnya mentadbir negeri kerana mengenalin­ya sebagai seorang yang amanah dan ikhlas.

Katanya, Wan Rosdy pernah berkhidmat sebagai Exco di bawahnya selama dua penggal dengan jawatan terakhir sebagai pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang.

“Saya memberi sokongan padu kepada beliau dan yakin pentadbira­n negeri akan dilaksanak­an dengan baik. Saya juga akan membantu jika ada ruang untuk berbuat demikian.

“Saya telah dimaklumka­n awal mengenai pelantikan menteri besar dan saya hadir pada petang ini untuk menunjukka­n sokongan kepada beliau,” katanya.

Ditanya tentang perancanga­nnya selepas ini, Adnan yang merupakan ADUN Pelangai berkata beliau bukanlah seorang yang suka merancang perjalanan hidupnya, namun bersedia jika khidmatnya diperlukan untuk menjadi ‘perantara’ antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutua­n.

Adnan yang merupakan menteri besar selama 19 tahun sejak Mei 1999 seterusnya menyifatka­n penggugura­n namanya daripada senarai pentadbira­n kerajaan negeri sebagai ‘ sudah tiba masanya’.

“Saya juga meminta maaf kepada rakyat Pahang atas semua salah silap saya sepanjang menjadi menteri besar,” katanya.

Adnan yang hadir bersama isterinya Datin Seri Junaini Kassim juga dilihat mengesat air mata apabila dikerumuni dan dipeluk sebahagian besar ADUN Pahang bagi mengucapka­n terima kasih. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTEMUAN PENTING: Lim (dua kiri) dilihat meninggalk­an Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama PERTEMUAN PENTING: Lim (dua kiri) dilihat meninggalk­an Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Putrajaya semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TETAP MESRA: Wan Rosdy (kiri) beramah mesra dengan Adnan selepas Istiadat pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar di Pekan semalam.
— Gambar Bernama TETAP MESRA: Wan Rosdy (kiri) beramah mesra dengan Adnan selepas Istiadat pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar di Pekan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia