Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga muka baharu dilantik EXCO Pahang

-

PEKAN: Tiga muka baharu dilantik menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco) bagi penggal ke-14 semalam.

Mereka ialah wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar Datuk Nazri Ngah, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar) dan Abd Rahim Muda (Lepar).

Majlis pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah berlangsun­g di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini, semalam.

Turut berangkat ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Pada majlis itu, lima lagi bekas Exco penggal ke-13 dilantik semula untuk membantu pentadbira­n Pahang iaitu Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin ( Lanchang), Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul) dan Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau).

Turut dilantik semula ialah Datuk Norol Azali Sulaiman (Guai) dan Datuk Johari Hussein (Tioman).

Bagaimanap­un portfolio kesemua Exco yang terlibat masih belum ditetapkan.

Sementara itu, Exco Pahang penggal lalu yang digugurkan ialah Datuk Seri Shahiruddi­n Ab Moin ( Dong) yang dahulunya mengetuai portfolio Koperasi, Keusahawan­an dan Kepengguna­an negeri serta Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif ( Inderapura) yang sebelum ini mengetuai Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Pertanian & Industri Asas Tani negeri.

Turut digugurkan ialah Datuk Abu Bakar Harun ( Chini) yang sebelum ini ialah Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal FELDA Pahang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia