Utusan Borneo (Sarawak)

GERAKAN Pulau Pinang mahu Teng terus terajui parti

-

GEORGE TOWN: GERAKAN Pulau Pinang mahu Teng Chang Yeow yang meletak jawatan pada Rabu lepas terus menerajui parti itu.

Naib Pengerusin­ya Oh Tong Keong berkata, ini kerana mereka berpandang­an kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) minggu lepas bukan berpunca daripada kelemahan kepimpinan Teng sebaliknya disebabkan tsunami rakyat.

“Demi meneruskan perjuangan parti, kami amat memerlukan seorang pemimpin yang berbakat, berkeboleh­an dan berkaliber untuk memimpin kami dan buktinya anggota-angota parti di semua 13 Bahagian mahu Teng kekal menerajui parti dan berjuang membantu rakyat Pulau Pinang,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Oh berkata GERAKAN Pulau Pinang juga akan mengadakan satu mesyuarat khas minggu depan bagi membincang­kan perkembang­an semasa dan hala tuju parti.

“Jika Teng bertegas tidak mahu memegang jawatan (Pengerusi GERAKAN negeri) itu, maka terserah kepada anggota parti untuk membuat pilihan pada pemilihan parti yang akan diadakan September ini,” katanya.

Teng yang menerajui GERAKAN Pulau Pinang sejak 2013 meletak jawatan itu selain menyatakan mahu ber- sara daripada politik sejurus selepas keputusan PRU14 diumumkan yang menyaksika­n parti berkenaan mengalami kekalahan teruk.

Pada PRU itu, GERAKAN Pulau Pinang bukan sahaja gagal memenangi sebarang kerusi malah BN negeri juga kehilangan lapan daripada 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu daripada tiga kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13, kesemuanya menerusi UMNO.

Mereka hanya berjaya mempertaha­nkan DUN Sungai Dua dan Permatang Berangan serta kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Pakatan Harapan pula memenangi 37 kerusi DUN dan 11 kerusi Parlimen manakala PAS menang satu kerusi DUN di Penaga.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen, keseluruha­nnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia