Utusan Borneo (Sarawak)

Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasam­a

-

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semalam hadir ke majlis penyerahan tugas kepada penggantin­ya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman.

Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatan­gani dokumen penyerahan tugas.

Turut hadir Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk A Rahman Yahya dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain.

Ahmad Samsuri berkata, kehadiran bekas menteri besar itu adalah satu permulaan baharu yang baik ke arah kerjasama kedua-dua pihak dalam memacu Terengganu menjadi negeri yang maju, berkat dan sejahtera.

Beliau juga mengulangi pendirian untuk meneruskan dan menambah baik program-program bermanfaat untuk rakyat yang telah diperkenal­kan kerajaan negeri kepada rakyat sebelum ini.

Ditanya sama ada PAS Terengganu akan beker- jasama dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri dalam menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat, beliau berkata PAS sedia bekerjasam­a dengan mana-mana pihak demi kebaikan untuk rakyat.

“Apa yang perlu difahami ialah politik itu sendiri tujuannya untuk menyelesai­kan masalah, bukannya mencari masalah.

“Kehadiran bekas menteri besar hari ini adalah detik bersejarah untuk negeri... saya amat menghargai kedatangan beliau,” katanya yang menyifatka­n Ahmad Razif sebagai pemimpin berjiwa besar.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata beliau sedia memberi sumbangan tenaga atau idea kepada kepimpinan negeri yang baharu.

“Bagi pihak saya, tak ada masalah… insya-Allah kita akan saling bekerjasam­a… pilihan raya umum pun sudah berlalu. Sekarang ini masa untuk sama-sama berganding bahu untuk memperjuan­gkan yang terbaik untuk rakyat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMBIL ALIH: Ahmad Samsuri bersalaman dengan Ahmad Razif ( dua kanan) selepas menandatan­gani dokumen penyerahan tugas di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama AMBIL ALIH: Ahmad Samsuri bersalaman dengan Ahmad Razif ( dua kanan) selepas menandatan­gani dokumen penyerahan tugas di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia