Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad kendalian Simeone itu berazam bukti status pasukan pilihan apabila menentang Marseille di Lyon hari ini

-

LYON, Perancis: Selepas tewas di final Liga JuaraJuara, Atletico Madrid berazam untuk membuktika­n status mereka sebagai pasukan pilihan apabila menentang Marseille di final Liga Europa di sini hari ini.

Atletico tewas di final Liga Juara- Juara kepada Real Madrid pada 2014 dan tewas sekali lagi kepada lawan yang sama dua tahun kemudian.

Tersingkir di pusingan pertama Liga Juara- Juara musim ini amat mengejutka­n buat skuad yang diketuai penyerang Antoine Griezmann tetapi mereka harus melupakan kekecewaan itu dengan memburu kejuaraan pada kejohanan kelas kedua di Eropah.

Atletico mahu memburu kejuaraan Liga Europa buat kali ketiga dalam sembilan musim, selepas menang pada 2010 dan 2012, tidak lama selepas Diego Simeone dilantik sebagai jurulatih.

“Kami tidak sabar untuk final,” kata pemain pertahanan, Juanfran ketika memberitah­u Radio Marca ketika Atletico memburu trofi yang pertama mereka sejak 2014, apabila memenangi La Liga Sepanyol.

“Dengan Diego banyak yang berubah di Atletico. Semua yang kami ada ialah pengalaman dalam beberapa tahun yang lalu. Saya berharap kami boleh menang kali ini.”

Ia mungkin yang pertama dan juga kejuaraan terakhir sebagai pemain p Atletico buat Griezmann, yang dibesarkan tidak jauh auh dari kota Lyon tetapi mengh a b i s k a n h a m p i r s e p a n j a n g kariernya nya di Sepanyol. yol.

Griezmann ezmann menyertai rtai Atletico dari i Real Sociedad selepas elepas kejuaraan n mereka pada 2014 014 tetapi mungkin kin akan k e B a r - celona selepas a k h i r musim ini.

Griezmann zmann dan Diego Costa akan mengetuai serangan Atletico, yang kembali ke Lyon di mana mereka tewas 0- 3 kepada Dynamo Kiev pada pertanding­an yang sudah dimansuhka­n Piala Juara Antara Juara pada 1986.

Atletico mempunyai ban- yak kekecewaan pada final di Eropah sejak bertahunta­hun seperti Marseille. Marseille melangkah g ke final sebanyak empat kali di Er Eropah, tewas tig tiga kali dan m menang sekali ketika menew menewaskan AC Milan pada format sulung Liga Juara- Juara 1993. Skuad kendalian Rudi Garcia itu i tidak dibayangka­n dibaya akan melangm kah sejauh seja ini s e l e p a s m memul a k a n kejohanan d i pering peringkat kela layakan aka pada bulan Julai. Tetapi selepas kemenangan ke atas RB Leipzig di suku akhir dan Salzburg di separuh akhir, Marseille dan penyokong fa- natik mereka mengimpika­n kejuaraan di tanahair mereka.

“Mereka yang memenangi Liga Juara-Juara pada 1993 masih menjadi wira kerana tiada orang lain yang melakukann­ya selepas itu,” kata Dimitri Payet.

“Kami tahu betapa sukarnya untuk menang. Sudah tentu ia adalah sumber motivasi dan jika kami menang di final, nama kami akan ditulis dalam buku sejarah kelab untuk s e l a m a - l a - manya.”

M a r - seille juga bersaing untuk menamatkan saingan Ligue 1 Perancis di tiga tangga teratas dan kebimbanga­n di mana keletihan pemain akan menjadi faktor ketika mereka cuba menembusi benteng kebal Atletico. “M e r e k a adalah kelab b e s a r ,

kelab dengan pemain dan jurulatih hebat. Mereka biasa bermain perl a w a n a n besar di Eropah. Mereka adalah pilihan utama untuk menang tetapi kami akan melakukan segala- galanya untuk mencipta kejutan,” kata pemain sayap, Florian Thauvin. H a n y a s e k i t a r 11,500 penyokong Marseille akan dibenarkan hadir tetapi beberapa ribu yang lain akan melakukan kunjungan selama tiga jam ke Lyon. Pihak berkuasa bersedia untuk tugas sukar dengan permusuhan di antara penyokong kelab Marseille dan Lyon. Sejak melangkah ke final, penyokong Marseille mengejek Lyon dan presiden mereka, JeanMichel Aulas dengan sorakan: “Kami akan merosakkan rumah ( stadium) anda.” Seramai 1,250 anggota polis akan dikerahkan ke seluruh bandar raya dan di Stadium Groupama. — AFP

Dengan Diego banyak yang berubah di Atletico. Semua yang kami ada ialah beberapa tahun yang lalu. Saya berharap kami boleh menang kali ini. Juanfran Pemain pertahanan Atletico Madrid

 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK BERSEJARAH: Simeone dijulang oleh para pemain ketika meraikan kejayaan Atletico menjuarai kejuaraan La Liga Sepanyol selepas perlawanan menentang Barca di Nou Camp, Barcelona dalam gambar fail bertarikh 17 Mei 2014.
— Gambar Reuters DETIK BERSEJARAH: Simeone dijulang oleh para pemain ketika meraikan kejayaan Atletico menjuarai kejuaraan La Liga Sepanyol selepas perlawanan menentang Barca di Nou Camp, Barcelona dalam gambar fail bertarikh 17 Mei 2014.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia