Utusan Borneo (Sarawak)

Mancini diberikan tugas pulihkan nasib Itali

-

ROM, Itali: Bekas jurulatih Manchester City dan Inter Milan, Roberto Mancini telah diberikan tugas untuk memulihkan nasib pasukan kebangsaan Itali, enam bulan selepas kegagalan mengejut layak ke Piala Dunia 2018 Rusia.

Itali tanpa jurulatih tetap sejak Gian Piero Ventura dipecat selepas Itali, juara dunia empat kali, gagal layak ke Piala Dunia yang pertama mereka sejak 1958.

Persekutua­n Bola Sepak Itali (FIGC) mencari seorang jurulatih ternama untuk membina semula pasukan selepas tewas pada playoff kepada Sweden November tahun lepas.

Nama-nama seperti Carlo Ancelotti dan Antonio Conte disebut-sebut dengan Ancelotti dikatakan menolak tawaran.

Mancini ada menunjukka­n minat awal untuk mengisi kekosongan dan sudah bersedia menamatkan kontrak lumayan beliau di Zenit Saint Petersburg dari Rusia.

Selepas kontrak tiga tahun beliau ditamatkan dengan keputusan sebulat suara Ahad lepas, Mancini, 53, kembali ke Rom pada pagi Isnin dan menandatan­gani kontrak pada lewat hari yang sama.

Tugas beliau ialah untuk membina semula dan membawa Itali ke Euro 2020, dengan perlawanan pertama beliau ialah perlawanan persahabat­an pada 28 Mei menentang Arab Saudi di Switzerlan­d.

Pesuruhjay­a FA Itali, Roberto Fabbricini berkata Mancini telah membuktika­n “keinginan tinggi” untuk menjadi jurulatih Itali baharu.

Sidang media pertama beliau akan diadakan keesokan harinya di pusat latihan pasukan kebangsaan di Coverciano, berhampira­n Florence.

“Ia berlangsun­g seperti yang kami mahukan, kami berasa gembira dan begitu juga Roberto,” kata Fabbricini kepada wartawan selepas kontrak ditandatan­gani di Rom.

“Kami akan menjelaska­n segala-galanya tentang kontrak esok ( Selasa), beliau sangat gembira dan begitu juga kami.”

Beliau juga akan membuat persediaan untuk perlawanan persahabat­an menentang Perancis pada 1 Jun di Turin, yang mungkin perlawanan antarabang­sa terakhir untuk penjaga gol veteran Itali, Gianluigi Buffon.

Skuad utama Mancini pastinya tidak sabar untuk beraksi dan dijangka akan melihat kepulangan penyerang Nice, Mario Balotelli, yang dibimbing Mancini di Inter Milan dan Manchester City.

Balotelli tidak be- raksi untuk Itali sejak Piala Dunia 2014.

Dengan Mancini, Itali mempunyai seorang jurulatih dengan rekod baik sebagai pemenang.

Beliau membimbing Manchester City memenangi kejuaraan Liga Inggeris yang pertama sejak 44 tahun pada 2012 dan memenangi tiga kejuaraan Serie A Itali bersama Inter M i - lan. Beliau j u g a m e - m e - nang i Piala Itali bersama Inter, Fiorentina dan Lazio.

Sejak meninggalk­an England pada 2013, Mancini juga membimbing Galatasara­y, di mana beliau membimbing kelab memenangi Piala Turki dan Inter Milan sebelum menyertai Zenit pada Jun

2017. Z e n i t m e - namatkan Liga Perdana Rusia di tangga kelima, gagal l a y a k ke Liga J u a r a - J u a r a tetapi layak ke Liga Europa. — AFP

 ??  ?? MANCINI
MANCINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia