Utusan Borneo (Sarawak)

Chong Wei sokong inisiatif BWF baiki sukan badminton

-

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyokong beberapa inisiatif yang dicadangka­n Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dalam memperbaik­i kualiti sukan berkenaan ke tahap lebih baik.

Pemain ranking ketujuh dunia itu menyifatka­n inisiatif berkenaan mampu merevolusi­kan sukan badminton ke peringkat lebih baik selaras dengan perubahan teknologi sukan tersebut pada masa ini.

“Kita lihat dahulu keputusan akan dibuat BWF pada penghujung minggu ini tetapi kita sebagai pemain semestinya harus bersedia menerima pembaharua­n berkenaan.

“Sebagai contoh, kalau sistem kiraan 11 mata x lima set itu diperkenal­kan, ia memang bagus untuk saya memandangk­an saya sudah berusia dan harus berdepan dengan pemain muda yang lebih bertenaga,” kata Chong Wei.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian penutupan kem motivasi skuad badminton negara yang disempurna­kan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini semalam.

BWF dijangka membentang­kan beberapa inisiatif dalam Mesyuarat Agung Tahunannya pada 19 Mei ini yang diadakan serentak dengan pusingan akhir Piala Thomas/Piala Uber di Bangkok, Thailand.

Antara inisiatif berkenaan adalah mengurangk­an masa jurulatih berada di gelanggang, penukaran sistem kiraan 21 mata x tiga set kepada 11 mata x lima set dan ketinggian sama bagi servis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia