Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan sepak takraw wanita Sarawak cipta kejutan di Paroi

-

KUCHING: Pasukan sepak takraw wanita Sarawak mencipta kejutan apabila muncul naib juara kategori regu dan kuadrant pada Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Kebangsaan ‘Road To SUKMA’ anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Kejohanan berlangsun­g pada 11 hingga 13 Mei lalu di Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan merupakan kejohanan amat penting sebagai persiapan pasukan Sarawak menyertai temasya SUKMA Perak dari 12 hingga 22 September nanti.

Sarawak diwakili Suziana Mothar, Catherine Minah Langan, Priscella Baby Kueh, Sharifah Fifi Nurdyana Wan Muhamat Rahim dan Nur Asmida Rambli beraksi cemerlang dari peringkat kumpu- lan.

Pada perlawanan akhir acara regu, Sarawak bertemu Sabah manakala dalam kategori kuadrant, Sarawak menentang Terengganu.

Pengurus Pasukan merangkap Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Sarawak ( PSS), Hasweera Hassan berkata persediaan dibuat sejak Mac lalu dijangka mampu merealisas­ikan impian Sarawak untuk menempah tiket dengan sasaran pingat emas pada SUKMA 2018 di Perak nanti.

Menurutnya, latihan pasukan Sarawak akan tetap diteruskan sehingga temasya SUKMA Perak bermula.

“Selain menjalani latihan intensif, pasukan kita juga mengikuti pertanding­an pendedahan di dalam dan luar negara,” katanya optimis pasukan Sarawak kali ini berpotensi mara lebih jauh pada masa akan datang.

Pasukan sepak takraw wanita Sarawak dilatih oleh jurulatih Thailand, Sura Matwasaeng dan dibantu oleh Fitri Ramzee Ramlee.

Menurut Hasweera, pertanding­an dijangka diadakan di Thailand pada Julai akan datang.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) yang banyak membantu dari segi kewangan dan peralatan.

 ??  ?? GEMBIRA: Pemain sepak takraw wanita Sarawak meraikan kejayaan bersama Sura (tengah) setelah muncul naib juara di Negeri Sembilan.
GEMBIRA: Pemain sepak takraw wanita Sarawak meraikan kejayaan bersama Sura (tengah) setelah muncul naib juara di Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia